PROGRAM realiti nyanyian Kilauan Emas kembali dengan musim baharu menerusi Kilauan Emas Selebriti 2026 yang menampilkan 10 selebriti terdiri daripada pelakon veteran tempatan.Antara yang bakal berentap di pentas program berkenaan ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Mubarak Majid, Fazlina Ahmad dan Katy Azean. Turut bersaing ialah Rahim Omar, Maria Tengku Sabri, Zila Bakarin, Amyza Aznan dan Rashdan Baba.Setiap perserta dipilih melalui uji bakat.Senarai peserta itu diumumkan Astro ketika sesi temu bual bersama di Astro Bukit Jalil.Menurut Pegurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahar, kelainan dibawakan menerusi program berkenaan bersempena ulang tahun ke-30 Astro.Katanya, barisan selebriti veteran itu bukan sekadar berentap untuk merebut kemenangan. ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi pancaragam juara Kilauan Emas 2025ARTIKEL BERKAITAN: Kanser bukan penghalang… Gie juara Kilauan Emas 2024, bawa pulang hadiah wang tunai RM30,000Malah, ia turut membawa misi kebajikan menerusi sumbangan kepada golongan veteran yang memerlukan.“Kami mahu bawa sesuatu yang baharu dan dalam masa sama ada elemen ‘giving back’.“Hadiah mingguan adalah dalam bentuk kebajikan atau sumbangan kepada veteran-veteran lain yang memerlukan,” katanya.Dari kiri Datuk Jalaluddin Hassan, Amyza Aznan dan Rashdan BabaTambah Idlan, jumlah dana yang disumbangkan akan diumumkan pada setiap minggu, manakala penerima dipilih menerusi inisiatif Astro Kasih.“Jumlah dana akan didedahkan secara mingguan. Pemilihan pula melalui elemen Astro Kasih, mereka adalah veteran yang telah kami kenal pasti memerlukan bantuan,” ujarnya.Dalam pada itu, Kilauan Emas Selebriti 2026 turut menampilkan Raja Azura sebagai pengacara yang akan bergandingan dengan Keanu Azman.Dari kiri Mubarak, Maria bersama juri Jihan.Barisan juri pula menampilkan Jihan Muse sebagai juri tetap dan digandingkan bersama Datuk Yusry Abdul Halim, selain penampilan istimewa juri jemputan pada setiap minggu.Kilauan Emas Selebriti 2026 akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama tujuh minggu bermula 22 Ogos 2026.Program berkenaan disiarkan setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima (saluran 105).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!