PELAKON Uqasha Senrose bersyukur hubungannya dengan bekas suami, aktor Kamal Adli kekal baik demi memastikan anak perempuan mereka, Hawra Uqaira mendapat kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya.Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, berkata dia tidak menganggap dirinya sempurna, sebaliknya melihat hubungan yang terjalin dengan Kamal selepas bercerai sebagai satu proses untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa. “Saya tak cakap diri saya ni baik, saya anggap ini hanya proses kami sebagai ibu bapa kepada Uqaira. Alhamdulillah, selepas apa yang terjadi kami berhubung atas dasar anak. “Dia (Kamal) tidak pernah merumitkan saya dan saya juga tidak pernah menyusahkan dia kerana apa saja untuk Uqaira kami cuba menjadi ibu bapa yang terbaik,” katanya kepada mStar.Uqasha masih belajar untuk menjadi ibu yang baik.Uqasha berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran drama Madu Atau Racun yang diadakan di A Quiet Place, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa. Mengulas lanjut, Uqasha berkata dia masih belajar menjadi seorang ibu dan akan sentiasa mengutamakan segala keputusan yang memberi manfaat kepada anaknya.“Apa sahaja yang terbaik saya ikut kerana saya pun baru berpengalaman menjadi seorang ibu.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Uqasha Senrose tak rancang rujuk dengan Kamal Adli, hanya mahu ‘move on’ARTIKEL BERKAITAN: Doa Kamal Adli sempena ulang tahun kelahiran Uqasha Senrose“Saya pun baru nak rasa menjaga anak, tahu perasaan seorang ibu itu bagaimana. Jadi kalau itu yang terbaik untuk anak saya, saya ikut.“Saya tidak mahu kecoh-kecoh, biarlah perkara itu menjadi antara saya dan anak saya. Kalau dia (Kamal) nak kongsikan terpulang kepada dia,” ujarnya. Sebelum ini, Kamal meraih perhatian apabila menitipkan ucapan terima kasih kepada bekas isterinya, Uqasha kerana memberi peluang untuk meluangkan masa bersama anak perempuan mereka. Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap matang Kamal kerana menghargai bekas isterinya dan mengutamakan hubungan baik demi anak mereka.Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.Bagaimanapun, pasangan ini disahkan bercerai pada 12 Januari lalu.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!