SANGGUP tahan rasa tidak selesa selama berbulan-bulan, pelakon dan pelawak Zizan Razak memilih untuk menyimpan misai demi memberikan kelainan menerusi wataknya dalam filem terbaharu, Terbang.Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 42, berkata penampilan bermisai itu merupakan sesuatu yang baharu sepanjang bergelar pelakon, malah dia sendiri berasa sedikit rimas sepanjang tempoh penggambaran. “Memang untuk watak ini, saya tak pernah bawa watak ada misai. Ini pertama kali. Sepanjang menjalani penggambaran filem ini, saya rasa serabut dengan misai sebab saya tak pernah berbulu macam itu.Zizan (kiri) bersama Jack Tan yang membawa watak sebagai mekanik.“Renyahlah sebenarnya. Kadang-kadang bila kita minum air, air atau susu melekat dekat misai. Makan nasi kandar pun sama.“Tapi itu adalah pengorbanan saya untuk filem ini. Banyak benda yang saya buat, saya letak janggut, saya letak itu ini. Tapi pengarah nak saya simpan misai ini sebab dia tak nak saya sama dengan watak-watak yang lain,” katanya kepada mStar.Menurut Zizan, dia juga menolak untuk menggunakan misai palsu kerana bimbang perkara tersebut mengganggu fokusnya ketika menjayakan watak.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Netizen minta maaf susulan isu foto Zizan Razak jadi bahan gurauan tapi... “Bila ada yang edit saya jadi perempuan, itu ada batasnya“ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak tegur netizen jangan melampaui batas ‘guna‘ wajahnya tanpa kebenaran“Misai palsu lagi geli sebenarnya sebab kena letak misai dan gam. Gam itu berbau dan boleh buat kita rasa tak selesa, malah mengganggu lakonan.“Bila benda itu tak original dan terkena kulit memang tak selesa. Jadi saya lebih selesa simpan misai sendiri.“Berbulan saya simpan misai sampai pergi New Zealand. Bila saya cukur, barulah orang nampak dan kata saya sudah kembali,” ujarnya.Berkongsi cabaran menjayakan watak Imran dalam Terbang, Zizan mengakui dia perlu menahan sabar apabila tidak dibenarkan memandu kereta walaupun watak berkenaan berkait rapat dengan dunia perlumbaan. Saya jadi macam tertekan, saya jadi anxiety disorder, saya jadi stres!ZIZAN RAZAKPELAKON/PELAWAKKatanya, perkara itu sedikit memberi tekanan kepadanya memandangkan dia sememangnya meminati dunia perlumbaan dan mempunyai pengalaman sebagai pelumba.“Saya kena menahan sabar apabila filem ini mengenai lumba kereta, tetapi saya tidak dibenarkan bawa kereta sebab saya seorang mekanik.“Sedangkan dalam realiti saya memang pemandu lumba (racer). Saya memang penghisap minyak, tak boleh dengar bunyi enjin, memang saya sertai perlumbaan, naik podium dan semua benda itu.“Tapi dalam cerita ini, saya tak boleh bawa kereta. Saya cuma main dengan enjin, minyak, lepas itu beri nasihat saja. Itu sahaja kerja saya.Irfan Zaini (kiri) bergandingan dengan Zizan buat kali pertama.“Saya jadi macam tertekan, saya jadi anxiety disorder, saya jadi stres!” kongsinya sambil berseloroh.Filem Terbang arahan Chiu Keng Guan bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 17 September depan.Selain Zizan, filem ini turut dibintangi Irfan Zaini, Shweta Sekhon, Namron, Luqman Hafidz, Diana Danielle dan ramai lagi.Terbang diinspirasikan daripada perjalanan sebenar legenda rali negara, Karamjit Singh, berani mencabar batasan untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!