suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zizan Razak tegur netizen jangan melampaui batas ‘guna‘ wajahnya tanpa kebenaran

Zizan kecewa apabila yang mengambil kesempatan menggunakan wajahnya.

PELAKON dan pelawak Zizan Razak meminta orang ramai agar tidak menyalahgunakan gambarnya yang disunting sehingga boleh menimbulkan kekeliruan.

Meluahkan perkara tersebut, Zizan atau Mohd. Razizan Abdul Razak, 42, berharap mana-mana perkongsian tidak menyentuh isu sensitif termasuk berkaitan hukum agama.

"Berkenaan dengan gambar saya yang tular sejak beberapa hari lalu disunting dan diubah menjadi kelakar, boleh tetapi biarlah berpada-pada dan tidak melanggar hukum agama Islam," katanya.

Perkongsian Zizan di Threads. 

Zizan berkongsi perkara tersebut di media sosial selepas tular beberapa keping gambar wajahnya yang menunjukkan hasil suntingan segelintir pihak dengan kapsyen yang mencuit hati.

Namun, di sebalik itu, ada juga yang mengambil kesempatan menggunakan wajah pelakon ini untuk tujuan mempromosikan produk tanpa kebenaran.

Baginya, tindakan tersebut tidak wajar kerana dia tidak menerima sebarang manfaat atau bayaran.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak akan sebar aib sesiapa,“ - Zizan Razak ulas trend dedah aib di media sosial 

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak terkejut dikatakan antara pelakon terima bayaran tinggi, percaya rezeki datang seiring usaha

"Ada juga pihak yang mengambil kesempatan untuk mempromosikan produk masing-masing tanpa meminta izin, malah tidak membuat sebarang bayaran kepada saya dan itu haram pada pendapat saya.

"Jadi renung-renungkanlah jika ingin berniaga secara halal," luahnya.

Zizan turut berkongsi kembali beberapa gambar hasil suntingan orang ramai. 

Dalam masa sama, Zizan mengakui terbuka menerima gurauan apabila wajahnya menjadi tular di media sosial, namun dia tidak akan berdiam diri jika ia melampaui batas.

"Saya ini memang seorang yang sporting dan juga fun, tetapi ada tahapnya," ujar Zizan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain