PENYANYI dan komposer Datuk Yusry Abdul Halim menyimpan hasrat untuk dikenali sebagai penyanyi rock selepas tampil dengan album EP terbaharunya berjudul Eternal. Yusry, 53, berkata minatnya terhadap muzik rock sudah lama berputik, malah kebanyakan lagu yang menjadi pilihannya untuk didengar juga terdiri daripada karya berentak rock. "Alhamdulillah memang itu yang saya mahu. Dari dulu lagi saya memang suka genre rock. Playlist lagu dalam kereta saya semuanya lagu rock. Yusry merakamkan enam lagu baharu hadiah buat peminat."Disebabkan itu bila saya cakap dengan Lisa nak buat lagu rock, dia cakap teruskan kerana itu adalah minat saya. "Kalau dapat peminat yang suka saya menyanyi rock, itu saya saya mahukan. Alhamdulillah saya dapat lakukan apa yang saya mahu dalam album EP ini," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Yusry memberitahu dia mula menyedari kemampuannya menyampaikan lagu berentak rock selepas kembali menyanyi menerusi program The Masked Singer pada 2024.ARTIKEL BERKAITAN: “Tak pernah rancang, redah saja“ - Yusry anggap namanya tular sebagai rezeki bukan tekananARTIKEL BERKAITAN: Dah 34 tahun dalam industri, ini kali pertama Yusry rasa penangan viralKata Yusry, penyertaannya dalam program itu menjadi titik tolak untuk mencuba sesuatu yang berbeza daripada imej pop yang sinonim dengan dirinya selama ini."Selepas berhenti menyanyi pada 2018, saya sedar boleh menyanyi rock ketika menyertai program The Masked Singer. "Saya kata kalau menyanyi lagu pop orang akan sedar itu adalah Yusry. Saya beritahu penerbit hanya akan setuju sekiranya dapat membawakan lagu rock. "Bila dah cuba rupanya saya tak sangka boleh menyanyi lagu Bunga Angkasa. Rasanya tempoh rehat dan teknik menyanyi itu berubah," ujarnya. Album Eternal memuatkan enam buah lagu iaitu Narsisistik, Jiwa & Raga, Kasarnya Cinta, Kamu Harus Tahu, Hancur Kecewa dan Pelengkap Hidup.Yusry muncul dengan album solo berjudul Eternal.Menurut Yusry, album tersebut dihasilkan dengan harapan setiap lagu mampu menemani pendengar dalam apa jua fasa kehidupan yang sedang dilalui."Saya memilih tajuk Eternal kerana saya percaya setiap orang mempunyai cerita yang akan kekal bersama mereka sepanjang hidup."Saya harap album ini dapat menjadi teman kepada pendengar, tidak kira di mana mereka berada dalam perjalanan hidup masing-masing," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!