PELAKON dan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim menganggap perhatian yang diterima selepas tular menerusi drama bersiri Dendam Seorang Mentua sebagai satu rezeki, bukannya tekanan.Yusry, 53, berkata dia tidak pernah menyangka drama itu membuka ruang untuk meraih lebih ramai peminat baharu termasuk dalam kalangan remaja. Kata Yusry, dia juga tidak pernah merancang untuk menjadi tular.Sebaliknya, suami kepada pelakon Lisa Surihani itu berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon sebaik mungkin.Yusry tidak menyangka memiliki peminat dalam kalangan remaja.“Saya tidak lihat ia sebagai tekanan, tetapi apa yang lebih lucu selepas saya berlakon drama itu banyak pula peminat dalam kalangan remaja. “Macam saya cakap sebelum ini rezeki tak pernah salah alamat. Saya tak pernah rancang pun drama Dendam Seorang Mentua menjadikan saya seperti ini (tular). “Saya tak pernah rancang, redah saja. Namun saya bersyukur kerana mendapat peminat yang menghargai diri saya,” katanya kepada media. Yusry berkongsi perkara itu di sidang media Eternal Gala Night with Yusry yang diadakan di JioSpace, Petaling Jaya pada malam Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Dah 34 tahun dalam industri, ini kali pertama Yusry rasa penangan viralARTIKEL BERKAITAN: Sekali tengok macam sama, Yusry minta hati-hati ada ‘scammer’ cipta akaun palsuDalam pada itu, Yusry berkata dia kini lebih memberi perhatian pada penjagaan kesihatan dan kecergasan fizikal, namun bukan kerana mahu memenuhi harapan peminat.Sebaliknya, rutin bersenam dilakukan bagi memastikan dirinya memiliki stamina yang baik, selain menganggap penampilan kemas dan segak ialah sebahagian daripada tanggungjawab seorang penghibur.“Sudah tentu saya perlu bersenam untuk stamina. Ia bermula sewaktu konsert KRU tahun lalu, sebelum itu saya tidak pernah rasa fit seperti ini. Yusry muncul dengan sebuah lagi album solo selepas 23 tahun.“Saya tidak berasa tertekan sebaliknya sudah menjadi sebahagian tanggungjawab sebagai penghibur untuk kelihatan lebih baik,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Yusry meluahkan rasa syukur apabila masih menerima sokongan padu peminat sehingga berjaya melancarkan album solo kedua berjudul Eternal, 23 tahun selepas kemunculan album solo pertamanya.“Saya berharap setiap orang akan menemui sekurang-kurangnya sebuah lagu dalam album ini yang dekat dengan kisah hidup mereka,” katanya. Pada Eternal Gala Night, Yusry menghiburkan peminat menerusi enam lagu termasuk Dekat Padamu, Hancur Kecewa dan Jiwa & Raga.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!