DEMI meneruskan kelangsungan hidup, penyanyi Amir Hasan terpaksa akur memperlahankan kerjaya seni selepas sekian lama tidak menerima sebarang tawaran membuat persembahan.Mengakui sedikit kecewa, Amir, 30, bagaimanapun sedar dia tidak boleh terus meletakkan harapan tinggi ketika semakin ramai artis baharu mula meningkat naik. "Boleh dikatakan kurang sambutan yang menyebabkan saya memperlahankan kerjaya seni. Saya nak fokus menjaga keluarga juga, termasuk menyediakan makan minum.Amir sedar berdepan persaingan dalam dunia seni. "Merajuk pun ada juga, cuma saya tidaklah salahkan industri. Sekarang ini saya tidak boleh terlalu mengharap. Nak buat lagu baharu pun kena pakai duit."Jujur saya katakan, sudah lebih setahun tidak ada sebarang tawaran membuat persembahan," katanya kepada mStar.Amir juga memberitahu dia kini bekerja di sebuah butik pengantin sebagai pengurus pemasaran.ARTIKEL BERKAITAN: Amir Hasan sudah nikah Januari lalu ARTIKEL BERKAITAN: Amir Hasan alami masalah pernafasan, terpaksa berehat daripada menyanyiPenyanyi itu turut berkongsi berita duka apabila berdepan masalah kesihatan selepas didiagnosis menghidap penyakit tiroid sejak Februari lalu."Sebelum ini saya pernah beritahu tentang penyakit asma yang kronik. Sebenarnya itu adalah tiroid dan masalah ini sudah saya alami sejak tahun lalu."Sekarang masih mengambil ubat-ubatan, tetapi saya rasa belum pulih sepenuhnya. Ada juga kesan sampingan... saya makan banyak pun berat badan tidak naik," kongsinya.Amir mahu kembali mencipta nama dalam industri seni. Sementara itu, bercakap tentang kerjaya seni, Amir sedia untuk terus membina nama selepas kali terakhir melancarkan lagu berjudul Pelangi pada penghujung 2024. Baginya, minat terhadap muzik tidak pernah padam meskipun kini bekerja dalam bidang berbeza."Bukan sahaja rindu nak buat persembahan, saya rindu nak berkarya."Jika diberi peluang, saya akan gunakan sebaik mungkin untuk membina kembali nama dalam dunia seni," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!