suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemunculan Fazura, Fattah Amin luang masa di acara sekolah Fatima raih perhatian

Fattah (kanan) dan Fazura (kiri) meluangkan masa bersama anak mereka, Fatima.

PELAKON Fazura dan Fattah Amin meraih perhatian ramai apabila meluangkan masa bersama bagi meraikan Hari Kebudayaan di sekolah anak mereka, Nur Fatima Aisya.

Menerusi perkongsian di media sosial, detik istimewa itu menjadi kenangan bermakna buat Fatima Aisya apabila dia berpeluang berkongsi kegembiraan bersama ibu dan bapanya pada acara berkenaan.

Fatima, 6, turut berkongsi keterujaannya menyambut Hari Kebudayaan tahun ini, termasuk pengalaman membuat persembahan yang berjaya membanggakan kedua-dua ibu bapanya.

Fatima (kiri) teruja dapat meraikan acara sekolah bersama ibu dan bapanya.

"Saya mempunyai pengalaman yang paling bermakna pada Hari Kebudayaan tahun ini bersama mommy (Fazura) dan daddy (Fattah).

"Saya telah membuatkan ibu bapa saya begitu bangga dengan persembahan saya.

"Saya juga sempat menyediakan sandwic untuk mommy dan yogurt buah-buahan untuk daddy," tulisnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin tak sangka Fatima ada bakat menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura bangga pencapaian abang tamat pengajian undang-undang, Fatima mahu ikut jejak langkah ‘pak long’

Dalam pada itu, Fatima turut berkongsi bahawa dia sempat menyediakan sandwic untuk ibunya serta yogurt buah-buahan untuk bapanya sebagai tanda penghargaan.

"Hari ini (Sabtu), mommy dan daddy turut berpeluang melihat hasil kraftangan saya di sekolah, dan saya sangat teruja untuk terus belajar dengan lebih rajin sebagai persediaan melangkah ke Tahun 1 pada tahun hadapan.

"Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat dan peluang yang diberikan," ujarnya. 

Fattah (kanan) dan Fazura (kiri) masih mengekalkan hubungan baik demi anak.

Kehadiran kedua-dua mereka pada acara tersebut turut mendapat perhatian ramai kerana memperlihatkan komitmen Fazura dan Fattah dalam memberikan sokongan terhadap perkembangan serta perjalanan pendidikan anak mereka.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.

Fattah kemudiannya bernikah dengan penyanyi Amira Othman pada 14 September 2025 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Jarir Umar pada 22 Jun lalu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain