suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia tahu siapa saya maksudkan“ - Fasha tegur pelakon lambat ke set penggambaran

TIDAK berkompromi dalam hal berkaitan disiplin kerja, pelakon Fasha Sandha tampil menegur rakan artis yang gagal menepati masa ketika penggambaran.

Bagi Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, teguran itu juga merupakan satu peringatan kecil agar individu berkenaan tidak mengulangi perkara sama. 

“Tak perlulah saya sebut nama dia. Dia tahu siapa yang saya maksudkan. Harap jadi pengajaran supaya tak lambat lagi. 

“Bukan sehari dia lambat, hampir setiap hari, berjam-jam pula tu. Harap dia tahu menjaga waktu dan tak lambat lagi,” katanya kepada mStar

Fasha terkenal dengan sikap berdisiplin dan menepati masa ketika bekerja.

Fasha ditemui ketika majlis pelancaran dan pengumuman dirinya sebagai duta rangkaian terbaharu produk Safi Rania yang berlangsung di Shah Alam pada Sabtu. 

Dia mengulas perkara tersebut selepas memuat naik luahan rasa kecewa terhadap seorang pelakon yang lewat datang ke lokasi penggambaran di status WhatsApp miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN:  Fasha Sandha sedih anak gagal dapat semua A dalam peperiksaan

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha masih tiada jawapan tindakan ‘buka tudung‘ dalam drama

Menurut Fasha kelewatan pelakon itu juga memberi kesan kepada keseluruhan penggambaran dan menjejaskan kerja-kerja produksi. 

“Saya tak beritahu dia. Tetapi rasanya produksi dah sampaikan tentang luahan saya itu,” ujarnya. 

Berkongsi nasihat sebagai pelakon berpengalaman, bagi Fasha disiplin adalah perkara utama yang harus diberi perhatian ketika bekerja.

Fasha diumumkan sebagai duta terbaharu produk kecantikan itu.

Malah dia juga tidak menolak komitmen yang bagus memberi jaminan buat seorang pelakon terus bertahan. 

“Disiplin dan komitmen adalah perkara utama. Kalau jaga dua perkara ini, tiada siapa boleh jatuhkan kita. 

“Lihatlah saya sekarang. Saya masih bertahan sebab menjaga disiplin dan komitmen kerja,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain