PELAKON Fasha Sandha meluahkan rasa terkilan dan menyalahkan diri sendiri berikutan kegagalan anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma Rizal Ashram, memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan, baru-baru ini.Kata Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, kesibukan kerja menyebabkan dia tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran anak-anak. “Saya salahkan kesibukan saya memang tak dapat nak menyinga (garang) sangat. “Balik kerja saja saya jadi kucing parsi (lembut) sebab lama tak jumpa anak-anak kerana sibuk di set penggambaran. Fasha tidak sampai hati bersikap tegas kerana waktu yang terhad bersama anak-anak.“Takkan balik nak menyinga dalam masa singkat, bila fikir balik kadang-kadang jadi singa bagus untuk pelajaran anak-anak macam zaman Covid-19 dulu. Banyak masa di rumah anak-anak pun dapat semua A,” katanya. Fasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi keputusan peperiksaan anaknya yang memperoleh 10A, satu C dan satu D.ARTIKEL BERKAITAN: Kurang masa dengan anak, Fasha Sandha terfikir mahu berhenti berlakonARTIKEL BERKAITAN: Makan pun terpaksa catu, hidup Fasha Sandha serba sederhana... Membesar tanpa figura bapa“10A 1C 1D. Syukur untuk gred A tapi untuk C dan D itu memang kena belajar rajin-rajin. “Maaf ibu tak dapat nak fokus tengok awak belajar. Selepas ini kita cuba buat lagi bagus ya… Ibu nangis (sedih),” ujarnya. Fasha bagaimanapun tetap bersyukur dengan pencapaian anaknya dan berjanji akan memberikan lebih perhatian terhadap pembelajaran mereka pada masa akan datang.“Sayang semua anak-anak. Kesibukan ibu tak dapat nak fokus lebih. Fasha salahkan diri sendiri kerana anak gagal peroleh keputusan gred A sepenuhnya.“Insya-Allah kita buat lagi baik untuk peperiksaan seterusnya. Dapat A dalam matematik itu penting. Ibu dah sangat bersyukur,” katanya.Untuk rekod, Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram pada 27 April 2012 namun bercerai pada 20 Januari 2016.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Rayfal Ramli, 14, dan Putri Raysha Jemyma, 11 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!