suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nafiz Muaz tak ’buru’ jadi hero saja

Nafiz tidak kejar watak utama.

PELAKON Nafiz Muaz mengakui tidak pernah tamak memburu watak hero, sebaliknya lebih mementingkan aspek kualiti dan keikhlasan dalam lakonannya. 

Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, 28, berkata dia tetap bersyukur dan percaya kepada aturan rezeki biarpun dia sedar perjalanan kerjayanya agak perlahan selepas sedekad membina nama.

"Niat awal saya menceburi bidang seni adalah semata-mata untuk berlakon. Saya bukan mahukan watak utama sahaja. Saya tahu nama saya agak lambat untuk naik walaupun sudah 10 tahun bertapak dalam industri.

Nafiz lebih mementingkan kualiti lakonan. 

"Namun, saya percaya pada rezeki dan kejujuran dalam bekerja. Jadi, saya buat sahaja kerja tanpa terlalu berfikir mahu ke sana atau ke sini. 

"Selagi orang masih mempercayai bakat saya, saya akan cuba buat yang terbaik, insya-Allah," katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai lambakan pelakon baharu yang terlalu cepat mendapat peluang watak utama berbanding dirinya, Nafiz memilih untuk berlapang dada dan menganggap ia rezeki masing-masing.

Malah, Nafiz terbuka untuk memberikan sokongan dan bimbingan buat bakat-bakat muda ini di set penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafiz Muaz suka sastera, tulis pantun sentuh isu curang tiada kaitan rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Filem SARAnghae: Bermulanya Inspirasi singkap realiti kehidupan… Lakonan Nafiz Muaz beri kesan emosi

"Bagi saya, itu rezeki mereka. Siapalah saya untuk mempersoalkan peluang yang orang lain dapat.

"Tugas saya sebagai pelakon adalah untuk memberikan sokongan. Tidak kiralah pelakon itu baharu atau lama, saya akan cuba bantu selagi mereka tidak melanggar disiplin di set penggambaran," ujarnya.

Dalam pada itu, Nafiz turut menepis dakwaan kononnya dia kini kurang menerima tawaran untuk memegang watak utama sehingga terpaksa beralih kepada watak pembantu.

Nafiz (paling kiri) dan barisan pelakon drama terbaharunya, Yes! Captain Zul Aaryan.

"Tawaran (watak utama) itu ada dan sebenarnya saya ada sahaja buat watak utama untuk stesen televisyen lain. Ketika ini ada dua drama yang saya pegang watak utama.

"Sebab itu saya tidak risau langsung sama ada diberi watak pembantu mahupun hero. Saya okey sahaja untuk buat, asalkan kita gembira dengan apa yang kita lakukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nafiz sedang muncul dalam drama Yes! Captain Zul Aaryan arahan Nizam Zakaria yang  sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.

Selain Nafiz, drama berkenaan turut membariskan pelakon lain seperti Jazmy Juma, Anna Jobling, Natasha Sass dan Daniel Fong.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain