KECOH di platform Threads apabila rata-rata penonton Big Stage X Rocketfuel meluahkan rasa kurang senang terhadap gurauan yang dibuat pengacara Nabil Ahmad terhadap salah seorang peserta program berkenaan iaitu Sabrina.Mengulas mengenai perkara itu, Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 43, berkata setiap perkara yang berlaku sepanjang program berkenaan adalah sebahagian daripada perancangan produksi dan tidak mempunyai kaitan dengan hal peribadi. "Bagi saya, semua kena belajar terima yang ini sekadar hiburan. Tak payah nak ambil serius sangat.Nabil minta penonton bertenang dengan segala gurauan yang dibuat."Saya pun ada kerja yang saya kena buat. Memang pihak produksi setuju dan saya pun setuju. Semua itu ada dalam persembahan. Apa yang saya buat dalam persembahan tak ada kena-mengena dengan hal peribadi," katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Nabil berkata dia sendiri tidak mengetahui mengenai kecaman yang tular kerana bukan pengguna platform Threads.Malah, dia memilih untuk tidak memuat turun aplikasi berkenaan kerana menganggap ia dipenuhi dengan komen negatif yang boleh menjejaskan kesihatan mental.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nabil Ahmad nafi hubungan dengan Nur Fazura bermasalah, seronok dapat bekerjasamaARTIKEL BERKAITAN: Isteri Nabil Ahmad jadi ‘menteri kewangan’, bijak urus duit untuk kesenangan keluarga"Saya syukur sangat saya tak ada Threads. Saya tak ambil tahu sebab saya nak jaga mental health saya. Saya hanya buat kerja saya saja."Selagi pihak produksi bagi peluang dekat saya, saya bersyukur masih ada peluang untuk terus bekerja dalam industri," kongsinya.Nabil berkata dia juga memilih untuk tidak menghiraukan komen negatif netizen dan percaya setiap publisiti yang diterima mempunyai hikmah tersendiri. Bagi saya, apa yang ada dekat Threads tak penting.NABIL AHMADPENGACARA"Dari dulu lagi saya selalu cakap, any publicity is good publicity. Ia sebahagian daripada persembahan dan kerjaya."Threads itu memang tempat orang main-main. Orang jual goreng pisang pun kena kecam. Jadi bagi saya, apa yang ada dekat situ tak penting."Yang penting ialah rancangan sebenar, persembahan secara langsung dan peserta-peserta yang saya bersama mereka sejak sesi latihan," ujarnya.Nabil utamakan kesihatan mental.Ditanya sama ada dia sempat bertemu Sabrina selepas tamat siaran langsung, Nabil berkata perkara itu tidak berlaku kerana masing-masing mempunyai komitmen sebaik program berakhir."Mana nak jumpa? Tak jumpa. Mereka terus dibawa ke tempat lain. Saya pula lepas habis rancangan terus balik sebab esok pagi ada siaran radio," luahnya.Sebelum ini, gurauan Nabil mengundang kritikan netizen yang mendakwa dia sengaja memalukan dan menjatuhkan semangat Sabrina ketika sesi penyingkiran Big Stage X Rocketfuel.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!