suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya ambil sebagai pembakar semangat“ - Imranul Effendy terima kritikan peminat

Imranul ambil inisiatif mengikuti kelas lakonan.

SEBAGAI seorang pelakon baharu, Imranul Effendy tidak dapat lari daripada kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan kualiti lakonannya dalam drama.

Berlapang dada menerima komen, Imranul, 27, juga menganggap ia sebagai satu pengajaran untuk dia terus memperbaiki diri ketika menerima tawaran watak berbeza.

"Saya akan baca komen, namun tidak terlalu berfikir tentang perkara itu. Bukan semua komen itu akan berlarutan. Saya tak anggap komen-komen itu boleh rosakkan emosi dan ganggu prestasi kerja.

Imranul positif menerima kecaman. 

"Saya ambil setiap komen dan kecaman sebagai pemberi semangat. Mata orang berbeza, mungkin ada perkara yang saya tak nampak. Jadi ia menjadi rujukan buat saya memperbaiki mutu lakonan," katanya.

Imranul ditemui ketika majlis pelancaran drama vertikal terbaharu lakonannya berjudul BRU: Masin & Manis.

Serius untuk terus berlakon, Imranul juga mengambil inisiatif mengikuti kelas bersama aktor Zul Huzaimy selain menonton semula lakonannya dalam drama sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka tudung isu sensitif, Imranul Effendy hormat keputusan Norreen Iman... Doa terbaik untuk kakak 

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi gaya rambut ‘granger’, Imranul Effendy warnakan hitam semula

"Mestilah saya akan tonton drama sendiri. Kalau tak tonton, bagaimana untuk perbaiki lakonan?

"Saya juga ada ambil kelas lakonan. Selain itu, saya akan bertanya pandangan orang sekeliling," jelasnya.

Bercakap tentang drama BRU: Masin & Manis, Imranul memegang watak Mohsin iaitu seorang barista yang juga berdepan masalah kebimbangan.

Imranul bersama Ellyza Azizi dan penerbit BRU: Masin & Manis, Nik Amir (kanan). 

Demi mendalami watak tersebut, Imranul mendekati seorang kenalan yang mengalami masalah seperti itu untuk dijadikan rujukan.

"Saya lihat kawan saya itu, perhati apa yang dia fikir dan tengok apa yang boleh menyebabkan dia diserang anxiety (kebimbangan). Saya tak pernah alami masalah itu, jadi saya belajar daripada pengalaman orang lain," kongsinya.

Drama 45 episod berdurasi dua hingga tiga minit ini mula ditayangkan pada 22 Julai 2026 di aplikasi Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain