ISTERI kepada penyampai radio, Kai Hassan iaitu Azna Anowar selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.9 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada petang Isnin.Kai atau nama sebenarnya Abdul Karim Hassan, 31, berkata bayi yang diberi nama Ellara Hawra itu dilahirkan secara pembedahan selepas disahkan berada dalam kedudukan songsang oleh doktor. "Alhamdulillah semuanya selamat. Isteri bersalin secara pembedahan sebab bayi songsang. Doktor sarankan untuk lahirkan lebih awal.Kai hargai pengorbanan isteri lahirkan anak."Memang ramai yang tanya kenapa perlu pembedahan dan kaitkan dengan pelbagai risiko selepas bersalin. Sebagai ibu bapa kali pertama, kami hanya ikut saranan doktor kerana bayi memang tak nak pusing," katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Kai memaklumkan dia masih belum berpeluang memegang anak sulungnya kerana bayi tersebut perlu mendapatkan rawatan dan pemantauan rapi selepas dilahirkan."Semalam jantung dia tak kuat, jadi kami tak boleh buat skin-to-skin. Lepas lahir dia terus dibawa ke bilik khas untuk bantuan pernafasan.ARTIKEL BERKAITAN: Penantian selepas lima tahun, Kai Hassan umum isteri hamil lima bulan… “Dia mengidam nak pengat pisang pukul 2 pagi”ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ada yang ikut balik” - Kai Hassan terkena gangguan mistik, rasa cepat marah sampai bergaduh dengan isteri"Pagi tadi baru dia keluar, tapi masih pakai wayar di hidung dan menerima rawatan untuk menguatkan jantung. Jadi saya masih belum pegang dia lagi."Sebab itu saya tak ada gambar dengan bayi dan belum kongsi apa-apa di media sosial," ujarnya.Pada masa sama, Kai mengakui pengalaman menemani isterinya di dewan pembedahan membuka matanya tentang pengorbanan seorang ibu ketika melahirkan anak. Memang satu pengalaman yang sangat memberi kesan.KAI HASSANPENYAMPAI RADIOMenurutnya, pengalaman melihat sendiri keseluruhan proses pembedahan membuatkan dia lebih menghargai pengorbanan wanita yang mempertaruhkan nyawa demi melahirkan zuriat."Bila masuk ke dewan bedah dan tengok sendiri dari awal sampai akhir proses pembedahan, baru kita faham macam mana peritnya orang bersalin."Isteri saya tenang sepanjang proses itu, tapi saya pula yang menangis. Saya tak pernah tengok pembedahan macam itu depan mata, memang satu pengalaman yang sangat memberi kesan," kongsinya.Pada Mac lalu, Kai maklumkan dirinya bakal bergelar bapa.Malah Kai berharap golongan suami dapat memberikan keselesaan terbaik kepada isteri ketika proses kelahiran sekiranya berkemampuan."Ini cuma pendapat saya. Kalau ada rezeki lebih, belanjalah lebih sikit untuk keselesaan isteri ketika bersalin. Dari segi emosi, mental dan fizikal, mereka memang menanggung kesakitan yang sangat besar."Kalau mampu, sediakan yang terbaik. Selepas tengok sendiri proses itu, saya betul-betul faham betapa besarnya pengorbanan seorang ibu," tambahnya.Pada Mac lalu, Kai berkongsi kepada umum berita kehamilan isterinya yang mencecah usia lima bulan ketika itu selepas lima tahun mereka menanti cahaya mata.Untuk rekod, Kai dan Azna mendirikan rumah tangga pada 2021.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!