PERKONGSIAN pelakon Norreen Iman di laman Threads menerima pelbagai reaksi selepas dia menulis meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.Rata-rata meluahkan rasa kurang senang terhadap hantaran tersebut susulan penampilan terbaharunya yang dikatakan kembali tidak berhijab. Malah, tidak kurang juga yang meluahkan kekesalan kerana Norreen sebelum ini banyak berkongsi mengenai penghijrahannya untuk menutup aurat.Antara komen netizen terhadap Norreen. "Sebab itu bila dari free hair ke bertudung, mulut diam-diam. Tak payah cerita apa-apa dekat orang. Ini masuk podcast semua kena cerita."Nak orang doa baik-baik, tapi kau tunjuk perkara tak baik dekat umum."Lantak kau Norreen. Kau sendiri punya pilihan untuk berubah. Nak orang doakan pula. Aku antara orang yang kagum tengok kau berubah dulu, tetapi dah tak berguna lagi," komen netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Gambar Norreen Iman ‘tanggal‘ tudung bikin netizen keliru ARTIKEL BERKAITAN: Norreen Iman banyak menangis sepanjang umrah, luah hasrat kembali ke Tanah Suci pada RamadanHantaran yang dibuat pada malam Isnin itu menerima lebih daripada 500 komen.Namun, di sebalik kecaman tersebut, ada juga yang terus mendoakan Norreen agar kembali berubah selain meninggalkan komen menasihati orang ramai supaya tidak terus mengecam pelakon itu.Status yang dimuat naik Norreen mengundang kecaman. Norreen sebelum ini memuat naik status ringkas dan turut berpesan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah."Doakan yang baik-baik sahaja. Tapi kalau dah level sampai fitnah, ini melebih," tulisnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!