suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gambar Norreen Iman ‘tanggal‘ tudung bikin netizen keliru

Foto terbaharu Norreen (kanan) dilihat tidak mengenakan hijab.

FOTO terbaharu pelakon dan pempengaruh Norreen Iman yang dimuat naik di Instagram mencuri perhatian ramai apabila aktres itu dilihat tidak lagi bertudung.

Menerusi satu perkongsian di Threads, penampilan baharu Norreen atau Norreen Iman Abdullah, 32, mengundang pelbagai reaksi netizen yang mula mempersoalkan sama ada pelakon itu sudah tidak berhijab. 

"Noreen dah buka tudung? 

Netizen mendoakan yang terbaik Norreen.

"Kita doakan yang terbaik buat Noreen," tulis netizen.

Sebelum ini, Noreen pernah tampil dengan gaya turban yang menampakkan bahagian leher, selain berkongsi beberapa gambar lain dengan hanya memakai topi.

Rata-rata netizen berharap pelakon filem Mikael: Pemburu Dua Alam itu terus diberikan yang terbaik dan kekal istiqamah dengan pilihannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil manis berhijab, Norreen Iman menangis padam gambar lama di IG - “Rindu tapi tak menyesal”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekarang saya single bukan isteri orang” - Norreen Iman buka mulut jawab isu cerai

Pada Februari 2024, Noreen menjadi perhatian pengikutnya apabila dilihat mula mengenakan hijab. 

Malah, Norreen turut memadam serta mengarkibkan beberapa foto lama yang memaparkan dirinya tanpa hijab atau mendedahkan aurat di media sosial.

Kata Norreen, semua gambar tersebut mempunyai nilai sentimental buat dirinya, namun dia tidak menyesal mengambil keputusan untuk memadam atau mengarkibkan hantaran berkenaan demi menghormati fasa baharu dalam kehidupannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain