suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ada rezeki saya terima sahaja“ - Ziana Zain tentang penganugerahan Datuk

Ziana tidak mengetahui tentang dakwaan bakal menerima gelaran Datuk.

PENYANYI Ziana Zain tampil menjawab desas-desus mengatakan dia bakal menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk dari sebuah negeri tidak lama lagi. 

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 58, berkata dia tidak tahu-menahu mengenai perkara itu walaupun dakwaan tersebut sudah lama berlegar. 

"Saya tidak tahu nak kata apa-apa sebab benda ini memang sudah lama berlegar-legar. Ada sahaja yang bertanya kepada saya, tapi hanya bergantung kepada rezeki.

"Saya memang tidak tahu mengenai perkara ini. Tiada pula yang datang mencari saya," katanya kepada mStar. 

Ziana tidak menolak sekiranya diberi gelaran Datuk.

Ziana tidak menolak sekiranya diberi gelaran Datuk. 

Ziana berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Muzik Lab: Hab Kreatif Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) di Mcdonald's Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur pada Sabtu. 

Bagaimanapun, Ziana berkata dia tidak menolak jika anugerah tersebut diberikan kepadanya. 

"Insya-Allah kalau dapat Alhamdulillah. Ada rezeki, saya terima sahaja," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan selama 58 tahun ibu, ayah bagaikan cinta abadi dalam filem… Ziana Zain ingat pesanan arwah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hilang ibu, ayah dalam tempoh empat bulan, Ziana Zain tiada tempat bersandar… “Nak minta maaf dengan siapa raya nanti?”

Dalam pada itu, Ziana berkata dia tidak pernah mengharapkan untuk mendapat sebarang gelaran darjah kebesaran. 

Jelas Ziana, fokusnya hanya untuk menghibur dan memberikan persembahan yang terbaik kepada khalayak.

"Saya tidak pernah fikir untuk dapat gelaran itu. Yang penting ialah saya menyanyi dan hiburkan orang ramai. 

Fokus hanyalah mahu menghibur dan memberikan persembahan terbaik kepada peminat. 

"Saya tidak pernah kejar gelaran itu. Itu semua Allah bagi. Sebagai penyanyi, kena ada 'class' sendiri, biar gelaran itu sendiri datang dekat kita," ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Ziana hadir di majlis Muzik Lab: Hab Kreatif AJL40 sebagai panel perkongsian dan membuat persembahan di hadapan peminat. 

Selain Ziana, penyanyi lain yang turut serta ialah Shila Amzah, Khai Bahar, Amir Masdi dan Shiha Zikir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain