suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salah faham media sosial punca Aween Ismail hilang kerja

Nama Aween tercalar susulan kontroversi di media sosial.

PELAKON dan model, Aween Ismail mengakui kontroversi yang melanda dirinya susulan satu isu di media sosial sebelum ini memberi impak besar terhadap kerjaya seni yang sedang dibina.

Kata Aween, 28, beberapa tawaran kerja terpaksa dibatalkan selepas namanya menjadi perhatian akibat salah faham yang berlaku dalam kalangan pengguna media sosial.

"Kes ini memberi impak yang sangat besar dalam kerjaya saya kerana ada beberapa jenama sudah membatalkan job dengan saya. 

Aween kehilangan banyak tawaran kerja akibat isu di media sosial.

"Ada juga yang saya batalkan kerana tidak dapat nak beri komitmen disebabkan tohmahan dan hinaan yang diterima. 

"Saya faham sekiranya klien nak batalkan job kerana mereka mesti nak jaga nama baik, namun tidak dinafikan pembatalan itu memberi kesan kepada saya" katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, pelakon filem Mael Totey The Movie itu memberitahu keadaan menjadi lebih sukar apabila kehidupan peribadinya turut menjadi sasaran apabila gambar-gambar lama kembali dikorek dan dikaitkan dengan isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Fenomena ‘Mael Totey The Movie’, pecah rekod kutipan tertinggi RM2.56 juta dalam tempoh 4 hari

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elcah akui hubungan dengan Syada Amzah sudah tidak baik, hilang ‘job’ puluhan ribu gara-gara kontroversi

"Orang telah memfitnah dan malukan saya. Habis gambar zaman Dewi Remaja, sekolah menengah saya dikorek semula. 

"Saya dapat ugutan macam-macam termasuk penghinaan fizikal. Saya tidak menafikan perkara ini juga memberi kesan kepada kesihatan mental dan emosi.

"Hanya disebabkan satu komen di media sosial yang mana tidak merujuk kepada mana-mana individu, saya terima kecaman di media sosial," ujarnya. 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil peguam Aween.

Susulan perkara itu, Aween memaklumkan dia sudah mengambil tindakan dengan melantik peguam untuk mengambil tindakan sepatutnya terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Sebelum ini, nama Aween menjadi perhatian selepas komen yang dimuat naik di media sosial mencetuskan salah faham dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Isu tersebut dikaitkan dengan kontroversi melibatkan sebuah akaun Instagram jenama tudung yang didakwa dinyahaktifkan, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain