suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ruhainies hidup mewah hasil kerja keras, bukan ‘ditaja‘ lelaki

Kehidupan mewah Ruhainies sering diragui oleh warga maya.

PELAKON Ruhainies mendedahkan sumber pendapatannya bukan hanya bergantung kepada bidang seni semata-mata. Sebaliknya, kata Ruhainies dia turut menceburi pelbagai sektor lain demi kelangsungan hidup.

Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, berkata, sukar untuk seseorang anak seni bertahan jika hanya mengharapkan satu sumber pendapatan memandangkan persaingan dalam bidang lakonan sangat mencabar.

"Ramai ingat pendapatan artis datang dari lakonan sahaja. Sebenarnya lakonan adalah salah satu pendapatan berterusan dan yang lain datang daripada kolaborasi, penampilan istimewa di acara tertentu, pelaburan dan banyak lagi.

"Kalau nak harapkan pendapatan daripada lakonan semata-mata, memang susah sebab industri kita sangat berdaya saing," katanya menerusi satu hantaran di Instagram Story pada Jumaat.

Kemewahan Ruhainies diperolehi daripada pelbagai sumber pendapatan.

Sebelum ini, sumber kewangan Ruhainies menjadi bahan bualan warga maya akibat daripada kekerapannya memuat naik foto mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial.

Ruhainies kemudiannya tampil menegaskan bahawa segala kemewahan yang dinikmati itu hasil kerja keras sendiri dan tidak pernah ditaja oleh mana-mana lelaki berstatus sugar daddy.

Tambah Ruhainies, kehadiran ramai bakat dan wajah baharu setiap tahun merupakan satu persaingan yang sihat untuk industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, dia mengingatkan rakan-rakan artis agar sentiasa mempunyai perancangan masa depan yang teliti dan bijak supaya masa depan mereka lebih terjamin.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies raih pendapatan hingga RM100,000 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul pula nama ‘Bella’, Ruhainies pelik tuduhan hidup mewah kerana ditaja 

"Ramai pelakon yang berbakat dan setiap tahun ramai juga wajah baharu muncul. Itu sebenarnya persaingan yang sihat tetapi begitulah cara industri berkembang.

"Sebab itu saya rasa penting untuk ada perancangan masa depan. Jangan bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Selagi ada peluang, bekerja keraslah, menyimpan, melabur dan bina sesuatu untuk diri sendiri," ujarnya.

Ruhainies bijak menguruskan soal kewangan.

Ruhainies selalu sediakan payung sebelum hujan demi kelangsungan hidup yang selesa.

Ruhainies yang menyedari tidak selamanya berada di puncak, memberitahu dia sentiasa bersedia untuk melalui sebarang fasa perubahan dalam kerjaya.

"Populariti itu sementara dan akan sampai satu masa nanti, orang lain pula yang bakal naik dan bersinar. Begitulah kehidupan dan industri ini bergerak.

"Jadi, sementara kita masih diberi peluang, manfaatkanlah sebaik mungkin dan bersedialah untuk langkah seterusnya," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain