PELAKON Jazmy Juma tampil mempertahankan diri selepas namanya dipetik susulan dakwaan mengenai seorang pelakon utama lelaki yang sukar memberikan kerjasama dan berlagak sombong di set penggambaran.Terkejut dengan dakwaan tersebut, Jazmy atau nama sebenarnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, menegaskan dia sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua kru dan pelakon di lokasi. "Saya tidak tahu fasal ini dan saya rasa tidak pernah ada sebarang masalah dengan sesiapa sahaja di set. Saya cuba untuk berbuat baik dengan semua. Jazmy sentiasa menjaga hubungan baik di set penggambaran. "Bagi saya, memang tidak ada. Tidak pernah kacau sesiapa dan berlagak diva di set," katanya kepada mStar. Jazmy berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan eksklusif drama Yes! Captain Zul Aaryan yang berlangsung di TGV KLCC pada Jumaat.Bagaimanapun Jazmy mengakui dia pernah terlewat ke set penggambaran akibat terlampau penat, namun sentiasa memohon maaf atas kesilapan itu.Jelas Jazmy, jadual kerja pelakon yang tidak menentu kadangkala memberi kesan kepada faktor fizikalnya.ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Jazmy Juma kini bergelar suami, yakin peminat terus sokong meski sudah berkahwinARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak tahan diganggu, Jazmy Juma beri amaran jangan campur urusan peribadi… “Saya bukan pemarah, tapi jangan melampau”"Okey, saya jujur ya. Bekerja dalam industri ini sebagai seorang pelakon, kita kerja tak ikut masa. Macam kita kalau babak malam kita banyak buat malam. Kalau babak siang kita kena buat siang sebab ia di luar."Jadi macam kalau terlampau penat, terlajak tidur itu, minta maaf. Saya tak boleh kawal benda itu. Saya cuma manusia biasa. "Kalau saya terlajak ke, terlambat ke saya minta maaf. Saya akan kekalkan tenaga saya insya-Allah. Tapi tak selalu pun saya lambat kan. Saya rasa semua orang ada pengalaman ini," ujarnya. Jazmy akui pernah terlewat ke set penggambaran kerana terlalu penat.Dalam pada itu, pelakon drama Yes! Captain Zul Aaryan ini sempat meluahkan pandangannya mengenai tindakan segelintir selebriti yang memilih untuk meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap rakan sekerja menerusi media sosial berbanding secara bersemuka.Jazmy menyifatkan perbuatan menuding jari di media sosial sebagai satu tindakan yang tidak profesional."Tak profesional. Saya tak tahu kenapa ada artis yang buat macam itu. Tapi saya rasa macam kalau saya ada masalah dengan orang itu, saya akan berterus-terang dengan orang itu."Saya takkan buat hantaran di Threads ke apa. Perhatian apa yang kau nak tulis dekat Threads? Kita ini dah besar, kita cakap sahaja ke depan. Tak puas hati cakap sahaja, benda boleh bincang," tegasnya.Terdahulu, seorang pelakon lelaki menegur sikap seorang rakan artis yang didakwa menunjukkan sikap kurang menyenangkan ketika berada di lokasi penggambaran drama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!