suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aina Abdul beralih kafe kecil bukan sebab konsert tak laku

Aina bakal buat persembahan di kafe-kafe.

PENYANYI Aina Abdul yang sinonim dengan penganjuran konsert berskala mega berkata, keputusan untuk mengadakan persembahan di kafe kecil selepas ini mungkin mengundang spekulasi kepada segelintir pihak.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, yang bakal membuat kejutan menerusi siri persembahan berskala intim dinamakan Tak Berjauh-an Lagi: Cafe Series berkata, ia adalah pembaharuan yang diambil untuk lebih mendekati peminat.

Namun, Aina menepis dakwaan kononnya dia beralih ke premis lebih kecil disebabkan faktor jualan tiket di lokasi besar tidak mendapat sambutan.

"Oh tidaklah, bukan sebab itu (tak mampu jual tiket). Tapi memang matlamat dan tujuan utama saya kali ini adalah untuk berada dekat dengan peminat sahaja," tegasnya kepada mStar.

Aina tepis dakwaan kononnya sudah tidak relevan membuat konsert.

Tambah Aina, langkah terbaharu itu diambil sebagai platform strategik untuk memperkenalkan sisi dan genre muzik baharu yang jauh berbeza daripada karya-karya balada terdahulu.

Katanya, pertukaran haluan muzik memerlukan dirinya untuk keluar daripada zon selesa dan turun ke lapangan demi mendekati serta menyelami cita rasa kelompok peminat yang baharu.

"Bagi saya, genre baru yang saya pilih ini memang memerlukan komitmen untuk saya dekati, turun ke lapangan, serta selami peminat-peminat baru saya," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul redah salji demi ‘Sadis’

ARTIKEL BERKAITAN: Tahun ini lebih tenang, Aina Abdul tak letak harapan menang AJL40

Malah Aina juga berharap supaya peminat tidak memberikan sebarang harapan untuk Aina membuat jelajah di seuruh negeri. 

"Untuk masa sekarang, ini sahaja lokasi yang ada. Jangan tunggu Aina hadir ke negeri anda baru nak beri sokongan. Saya buat persembahan ini sebagai mempromosikan lagu Berjauhan dan Sadis

Aina mahu lebih mendekati peminat dengan genre baharu itu. 

"Jadi, jangan lupa beri sokongan pada saya ya," katanya. 

Menerusi projek Tak Berjauh-an Lagi: Cafe Series ini, peminat bakal berpeluang menyaksikan persembahan Aina secara lebih eksklusif, santai dan penuh emosi.

Bagi jelajah yang pertama, Aina akan membuat persembahan di Fifty Seven Coffee, Bangi, Selangor pada 19 Julai depan. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain