suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anna Jobling, Karel Susanteo sah bercinta, belum sedia berkahwin

PELAKON Anna Jobling mengesahkan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan selebriti Indonesia, Karel Susanteo.

Bagaimanapun, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 26, belum bersedia untuk membawa ikatan tersebut ke fasa perkahwinan dalam masa terdekat.

Jelas Anna, komitmen kerja yang terlampau padat membuatkan dia mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya seni terlebih dahulu.

Anna bagaimanapun mahu beri tumpuan kepada kerjaya. 

"Saya rasa semua orang sudah tahu mengenai hubungan kami. Saya tiada apa-apa lagi hendak diperkatakan, cuma doakan yang baik-baik sahaja untuk saya.

"Buat masa ini, saya mahu fokus kepada kerjaya kerana masa tidur pun tidak cukup. Jadi, tidak perlulah terburu-buru," katanya kepada mStar. 

Anna berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan eksklusif drama Yes! Captain Zul Aaryan yang berlangsung di TGV KLCC pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anna menyifatkan personaliti menarik yang dimiliki Karel menjadi faktor utama pintu hatinya terbuka untuk menerima kehadiran jejaka dari seberang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik watak romantik, Anna Jobling sedia berlakon genre aksi

ARTIKEL BERKAITAN: Mesra berpelukan, hubungan Anna Jobling dengan ibu kembali jernih... “Kalau tiada dia, saya rasa kosong”

"Apa yang membuatkan saya tertarik? Personaliti dia. Itu sahaja," katanya ringkas.

Sebelum ini, spekulasi percintaan mereka mula menjadi bualan netizen selepas beberapa hantaran yang dibuat Karel menunjukkan hubungan mesra antara mereka berdua. 

Malah, Anna juga dilihat sanggup terbang ke Jakarta baru-baru ini demi memberikan sokongan buat Karel yang menyertai pertandingan kecergasan Hyrox Jakarta.

Anna berikan sokongan kepada Karel semasa Hyrox Jakarta. 

Berkongsi mengenai perkembangan seninya, Anna bakal muncul menerusi watak Zara Andrea dalam drama berjudul Yes! Captain Zul Aaryan.

Selain Anna, drama tersebut turut menampilkan barisan pelakon hebat lain antaranya Jazmy Juma, Nafiz Muaz, Daniel Fong dan Natasha Sass.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain