KEKUATAN mental menjadi paksi utama buat pelakon Fasha Sandha terus bertahan dalam industri hiburan tanah air khususnya apabila menghadapi kecaman netizen.Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata, dia sama sekali tidak berasa rimas dengan perhatian atau usikan warga maya. Ini kerana, menurut Fasha, dia sudah bersedia dari segi fizikal dan mental sejak awal pembabitan sebagai anak seni.Malah, dalam isu terbaharu, Fasha tetap dengan pendirian untuk tidak memberikan respons apabila ada pihak mengecamnya tampil tidak bertudung dalam drama terbaharu, Kasih Yang Terkorban.Penampilan Fasha membuatkan netizen tertanya-tanya. "Sebenarnya tidak ada penjelasan yang harus diberikan kepada sesiapa pun. Apa-apa pun saya berterima kasih di atas orang yang mengambil tahu dan mengambil berat tentang Fasha, terima kasih banyak-banyak."Tapi kepada yang sering dan tak putus-putus bertanya tentang isu tersebut, Fasha tidak ada jawapan dan masih lagi berpegang kepada tiada komen walaupun agak bosan dengan jawapan yang diberikan itu," jelasnya kepada mStar.Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Astro Fandom yang berlangsung di D Theatre Malaysia, Kuala Lumpur.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fasha Sandha tetap pilih ‘no comment’ isu tidak bertudung dalam drama… “Kalau nak judge pun saya tak kisah”ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha alami keguguran, usia kandungan dah 10 mingguSebaliknya, Fasha memilih untuk melihat setiap kritikan atau respons masyarakat daripada sudut yang positif. "Saya okey sahaja. Saya yang memilih untuk berada dalam industri ini. Jadi, mental saya sudah kuat untuk menerima segala kecaman mahupun teguran para netizen."Pada saya, mereka sebenarnya mengambil berat. Saya ambil pendekatan itu dalam aspek yang positif."Untuk berada dalam industri ini, anda kena ada mental yang kuat dan sudah bersedia dengan macam-macam kecaman," katanya. Fasha sudah biasa dengan kecaman netizen. Ditanya mengenai pendapat Aidil, Fasha bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami tuntutan kerjayanya dan tidak mudah melatah."Aidil? Aidil sangat menyokong. Kami berdua memang akan sentiasa menyokong kerjaya seni masing-masing. Kami tak fikir sangat pun pasal apa yang orang nak kecam dan sebagainya."Jadi saya anggap saya hanya buat kerja saya, buat yang terbaik dan saya harap karya yang saya persembahkan ini dapat memberikan mesej kepada penonton. Itu yang paling penting," katanya.Dalam perkembangan lain, Fasha bakal muncul sebagai heroin drama Kasih Yang Terkorban yang ditayangkan di Astro Prima bermula Isnin depan.Selain Fasha, drama itu turut dibintangi oleh Johan As'ari dan Datuk Jalaluddin Hassan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!