suria
mStar - Urban.Versatil

Fasha Sandha alami keguguran, usia kandungan dah 10 minggu

Fasha selesai jalani prosedur cuci rahim.

PELAKON Fasha Sandha mengalami keguguran ketika usia kandungannya mencecah 10 minggu pada petang Isnin.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan dia sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.

Menurut Fasha, keguguran tersebut bukan berpunca daripada dirinya yang terlalu sibuk bekerja atau melakukan aktiviti lasak, sebaliknya disebabkan keadaan kandungan yang tidak sihat.

Fasha masih gigih berkerja walaupun di hospital.

“Bukan kerana terlalu banyak bekerja atau bergerak, bukan kerana terlalu kuat berdiet.

“Kata Doktor Elly kerana baby A tak sihat, maka terjadilah keguguran di awal kehamilan (10 minggu) tapi kena buat prosedur cuci rahim sebab baby A dah besar,” katanya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan reda dengan ketentuan Ilahi dan menganggap tiada rezeki untuk dia dan suami menimang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fasha Sandha pertahan lakonan Sharifah Rose... “Saya pun pernah dilabel kayu”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fasha Sandha ulas foto peluk Aidil Aziz dan Sharifah Sakinah... “Kami sudah kenal lama”

“Bukan rezeki kami lagi. InsyaAllah akan cuba lagi di tahun-tahun akan datang, sekarang fokus kerja dulu.

“Apapun kepada yang sama-sama mengalami macam saya jangan kecewa. Dapat hamil secara natural pun satu anugerah juga. Mungkin ada rezeki lain untuk kita,” ujarnya

Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga bersama aktor  Aidil Aziz pada 2019 dan memiliki seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira.

Selain itu, dia juga mempunyai dua cahaya mata lain hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain