PENYANYI Ina Naim tampil mempertahankan diri selepas berang dituduh sebagai artis yang meminta bayaran sekiranya ingin ditemu bual pihak media.Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 42, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan menegaskan dia tidak pernah bersikap meminta-minta sepanjang hampir dua dekad berada dalam industri seni. “Kalau betul saya ini jenis setiap kali temu bual minta duit, sudah lama saya kaya sejak 2006 lagi. Tapi hidup saya bukan kerana duit semata-mata,” katanya kepada mStar.Ina tampil bela dirinya.Menurut Ina, sejak awal pembabitannya sebagai penyanyi, dia sentiasa bersikap terbuka dan sedia bekerjasama dengan media tanpa mengenakan sebarang bayaran.“Saya memang tak pernah ambil duit langsung. Sejujurnya, pihak media yang naikkan nama saya. Jadi apa salahnya kita bertolak ansur?“Saya tak pernah minta sogokan. Tak payah. Rezeki itu Allah yang bagi,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dakwa ‘tak rileks’ terima teguran, Ina Naim akui kesilapan… Minta jangan kaitkan dengan kisah silamARTIKEL BERKAITAN: Tak malu mulut senget, Ina Naim anggap anugerah AllahIna turut meluahkan rasa terkilan apabila wujud pihak yang sengaja menyebarkan gosip tidak benar sehingga memberi persepsi buruk terhadap dirinya.“Jangan suka bersangka buruk kerana boleh merosakkan diri sendiri. Itu semua gosip liar dari mulut puaka.INA NAIMPENYANYI“Alhamdulillah, dari 2006 sampai sekarang saya tak pernah ambil bayaran bila ditemu bual. Apa yang saya cakap datang dari hati, bukan sembang kosong,” jelasnya.Dalam masa sama, Ina tidak tahu bagaimana gosip berkenaan boleh tersebar namun hanya menganggap ia sekadar kata-kata tidak bertanggungjawab."Itu semua gosip liar daripada mulut puaka orang kata. Tak apalah biar sengkek di dunia, jangan sengkek di akhirat.Ina dan Hadie tak pernah lari dari kontroversi."Apa yang penting saya tak bermuka-muka dan hanya jadi diri sendiri. Saya pun dah lalui macam-macam sejak awal masuk industri lagi. Itulah asam garam bila orang kenal kita," luahnya.Sebelum ini sebuah portal hiburan melaporkan seorang ibu kepada penyanyi muda meminta bayaran dengan jumlah besar sekiranya mahu menemubual dia dan anaknya. Disebabkan berita itu nama Ina dipetik netizen sebagai individu yang dimaksudkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube