Allan Andersn tampil dengan single baharu berjudul Mau But Malu yang mengangkat kisah ‘suka dalam diam’.
PENYANYI dan penulis lagu dari Indonesia, Allan Andersn kembali dengan single terbaharu berjudul Mau But Malu yang mengangkat kisah realiti anak muda iaitu 'suka dalam diam'. Menerusi lagu tersebut, Allan mempertaruhkan sentuhan city pop moden yang ringan, groovy dan mudah melekat di telinga. Menariknya lagi, lagu ciptaan Allan itu memperlihatkan kematangan muziknya yang semakin tersusun, namun masih mengekalkan identiti pop yang sarat dengan cerita emosi serta pengalaman hidup.Mau But Malu yang diambil daripada frasa mahu tapi malu mengangkat kisah individu yang sentiasa ada sebagai tempat bergantung dan sistem sokongan ketika sahabat berdepan kekecewaan, namun dalam diam menyimpan perasaan sendiri.Sentuhan city pop moden menjadikan Mau But Malu antara lagu catchy yang mudah melekat di telinga.Menurut Allan, dia yakin Mau But Malu akan menjadi lagu yang menyeronokkan untuk didengar, sambil membuat orang tersenyum sebab ia terlalu dekat dengan realiti.“Saya memang nak lagu ini bunyi fun dan groovy sebab situasi sebegini selalu terjadi dalam hidup kita. Kadang-kadang kita gelak sendiri, kadang-kadang kita cringe sendiri. Tapi itulah yang buat cerita ini dekat di hati,” katanya.Allan turut menyifatkan lagu ini sebagai mesej ‘cakap terus’ yang disampaikan dengan cara santai, bukan berat.“Bagi saya, lagu ini bukan nak buat orang down. Ia seperti lagu tema untuk orang yang nak bagi ‘hint’, bayangan apa yang dia sedang rasakan. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Senafas’ dedah sisi baharu Allan Andersn, kali pertama serah diri pada komposer MalaysiaARTIKEL BERKAITAN: “Lagu Malaysia tinggi macam KLCC!” – Allan Andersn gementar nyanyi karya komposer tempatan"Pada akhirnya, akan tinggal dua pilihan sahaja, sama ada cakap ya atau tidak. Kalau tidak, penat juga menunggu,” katanya ketawa. Berasal dari Tahuna, sebuah pulau kecil di Indonesia, Allan dikenali dengan penulisan lagu yang jujur, sinematik dan dekat dengan hati pendengar.Menerusi Mau But Malu, dia meneruskan pendekatan tersebut namun dibalut dengan susunan muzik lebih moden, menjadikan lagu ini sesuai buat penggemar pop catchy dengan elemen city pop kontemporari.Allan baharu sahaja mengadakan showcase intim di Kuala Lumpur dan Johor Bahru sempena promosi single terbaharunya.Sebelum ini, Allan meraih perhatian menerusi lagu Rindu yang menembusi carta Spotify Viral 50 Indonesia dan Malaysia, selain berada dalam senarai Top 10 Newcomers Billboard Indonesia selama dua minggu berturut-turut.Album debutnya, Dear AA (2025) turut mengukuhkan namanya sebagai antara bakat baharu yang konsisten membina pengaruh dalam landskap pop Asia Tenggara.Bagi memeriahkan lagi promosi Mau But Malu, kempen digital turut digerakkan di TikTok, Instagram dan YouTube menerusi konsep penceritaan serta kandungan ciptaan pengguna bertemakan confession, hint dan kisah friendzone.Allan juga merancang melancarkan beberapa lagi single sepanjang 2026 sebagai langkah menuju projek EP dan album baharu.