Pertalian darah tidak bermakna adik beradik berlainan jantina bebas bergaul tanpa menjaga batas. -Gambar hiasan AI
KECENDERUNGAN nafsu terhadap kaum sejenis boleh berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk pengalaman yang dilalui sejak zaman kanak-kanak.Seorang pelayar Threads turut meraih perhatian selepas berkongsi pengalaman zaman silamnya sehingga dia kini membesar sebagai lelaki gay. "Yes, aku mengaku aku suka lelaki. Kecenderungan aku lebih kepada lelaki. Aku ada dua kakak dan seorang abang. Masa kecil aku rapat dengan kakak-kakak berbanding abang. Kanak-kanak sepatutnya dibesarkan dalam suasana normal tanpa sebarang elemen yang boleh merosakkan pemikiran mereka. -Gambar hiasan AI"Kakak-kakak suka pakaikan aku dengan baju perempuan, tudung dan macam-macam lah. Sejak tu aku rasa makin lama, makin selesa dan suka. "Aku dibesarkan dalam keluarga sederhana, duduk di kampung. Ayah ustaz, mak ustazah," tulisnya memulakan cerita.Menurut lelaki itu, tanpa disedari dia membesar sebagai individu berperwatakan lembut, malah mendakwa suka melihat kaum sejenis sejak zaman sekolah lagi.Seorang lelaki mengaku sebagai gay dan kongsi kisah zaman kanak-kanaknya.Lelaki itu berkata dia sering dipakaikan pakaian wanita oleh kakaknya ketika kecil.Lelaki itu membesar dengan perwatakan lembut walaupun ibu bapanya orang yang alim.Dia juga mengaku suka melihat lelaki sejak zaman sekolah lagi.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tanpa aku sedar, karakter kewanitaan tu meresap dalam diri aku sikit demi sedikit. Aku agak lembut, sopan tapi bukan pondan yang melentik. "Walaupun lembut, aku tetap main bola, mandi sungai dan berkawan dengan budak lelaki yang tak lembut. Tapi dalam diam, rupanya aku suka tengok kawan-kawan lelaki. "Aku mula suka tengok mereka salin baju lepas pendidikan jasmani (PJ) walaupun masa tu masih sekolah rendah," imbasnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Gay dekat rumah suka 'menggatal', suami pula tak bagi tegur... Isteri tunggu masa nak 'meletup' - "Membara jiwa pahlawan aku"ARTIKEL BERKAITAN: Biodata mak ayah, dua-dua lelaki... Guru bimbang anak angkat dibesarkan pasangan gayKetika zaman kanak-kanak, lelaki itu berkata hubungan dengan abangnya juga agak renggang."Abang aku lebih suka buat hal sendiri. Dia tak suka dan iri hati dengan aku. Bagi dia, aku ni saingan untuk dia dapatkan kasih sayang mak ayah. Dengan dia aku selalu bergaduh.Kanak-kanak yang lembut juga berisiko menjadi mangsa buli di sekolah. -Gambar hiasan AI"Sekarang pun aku masih gayakan baju perempuan, tapi pakai sendiri dalam bilik je la. Tak pakai di luar," kongsinya lagi.PeringatanMenurut Mufti Wilayah Persekutuan, mendandan anak lelaki sehingga menjadi seperti perempuan adalah perbuatan yang jelas haram dan tidak dibenarkan walaupun dengan alasan bergurau. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang melarang lelaki menyerupai wanita, begitu juga sebaliknya. Perbuatan tersebut boleh mendorong anak-anak lelaki untuk menjadi wanita.