suria
mStar - Urban.Versatil

Pelajar tingkatan 3 rakam ibu saudara mandi, adik perempuan pun pernah jadi mangsa - “Aku jaga dia dari kecil”

Ramai mangsa tidak menyedari mereka dirakam ketika sedang mandi. -Gambar hiasan AI

SEORANG pengguna aplikasi Threads tampil berkongsi cerita tentang gangguan seksual yang dialaminya pada tahun lalu.

Apa yang mengejutkan, wanita itu mendakwa pelaku merupakan anak saudaranya yang baru sahaja berusia 15 tahun.

"Aku pergi rumah kakak aku. Lepas mandi, aku perasan ada tangan naikkan telefon untuk rakam aku mandi. Aku cepat-cepat keluar dan menangis. 

Children looking for porn sites on tablet.

Rumah sepatutnya menjadi zon selamat untuk anak-anak. -Gambar hiasan AI

"Aku syak abang ipar. Aku fikir takut kakak aku bergaduh dan bercerai. Mereka dah ada empat anak. Lepas tu aku suruh anak buah ambil semua telefon yang ada dalam rumah.

"Sebab aku ingat yang rakam tadi casing telefon warna hitam. Lepas tu aku tanya kakak aku, dia pun sengih je. Tak lama lepas tu, aku dengar bising suara kakak aku nangis.

"Rupanya anak saudara aku yang rakam tadi. Dia lelaki, tingkatan tiga. Sedih dan tak sangka dia rakam. Aku jaga dia dari kecil, rapat dengan dia," dakwanya.

  • Wanita kongsi cerita diintai ketika mandi di rumah kakaknya.
  • Dia terkejut apabila mendapati pelaku adalah anak saudaranya.
  • Wanita itu sedih kerana pelaku baru sahaja berusia 15 tahun.
  • Rupa-rupanya adik pelaku juga pernah menjadi mangsa.

Menurutnya lagi, dia sekali lagi terkejut apabila mengetahui adik kepada pelaku juga pernah menjadi mangsa sebelum ini.

"Anak suadara perempuan aku yang juga adik dia cakap abang memang macam tu. Sebelum ni dia dah kantoi rakam masa mandi. 

"Adik dia tingkatan satu. Tergamak rakam adik sendiri. Lepas kejadian tu, mak dia boleh kata, biasalah, dia tengah dalam fasa remaja," tulis wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki curi seluar dalam, rakam wanita mandi... Kegiatan kantoi selepas jatuh dari siling

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menjerit nampak kelibat, terkejut ada tangan sedang rakam video ketika mandi

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa simpati terhadap mangsa terutamanya adik pelaku yang masih lagi muda.

"Moga Allah lindungi adik dia sentiasa, moga Allah berikan juga dia sebaik petunjuk dan hidayah. Hanya doa sebaik senjata dan ikhtiar.

"Tak ada ke keluarga bagi pengajran dekat dia? Tak nak la dia rasa benda ni normal.

"Kesiannya awak, mesti trauma sangat," tulis netizen.

Artikel Lain