KEBIASAANNYA golongan pelajar sekolah menengah yang akan dikaitkan dengan kelompok kurang adab, namun kini ia dikatakan menular kepada murid berusia enam tahun.Perkara itu didedahkan seorang guru tadika yang terkejut berdepan pengalaman menguruskan seorang murid perempuan yang didakwa bersikap kurang ajar. Menurutnya, murid tersebut dianggap keterlaluan kerana sikap itu ditunjukkan kepada ibunya sendiri.Golongan remaja sering dikaitkan dengan masalah akhlak. -Gambar hiasan AI"Saya ambil dia dari kereta, dia sepak dan kata saya tak mahu bermakna saya memang tak mahu. Kemudian mak dia pujuk."Mak dia tarik keluar kereta, dia tampar mak dia. Saya cakap jangan buat macam tu tapi dia kata jangan sibuk dan jangan ajar saya," kongsi guru ini.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar biadab terkencing dalam seluar, takut masuk bilik disiplin lepas ‘body shaming’ cikgu - “Budak tu panggil aku Doraemon”ARTIKEL BERKAITAN: Ibu cemas surat anak dapat anugerah tertinggal di kelas, gigih patah balik ke sekolah... Tapi terkilan lepas baca isi kandunganKatanya, ibu kanak-kanak tersebut berulang kali memohon maaf kepadanya atas sikap kurang ajar anaknya itu."Bila dah masuk kelas, dia jeling je kat kita. Bila suruh dia buat kerja sekolah, dia campak buku kat lantai. Siap cakap jangan suruh saya buat," katanya.Lebih menyedihkan, guru berkenaan turut dimaklumkan bahawa murid tersebut pernah menendang ibunya sehingga lebam di bahagian mata."Mak dia hantar ke sekolah dengan lebam biji mata lepas tu bisik dekat kita beritahu anak dia debik. Abang dia tingkatan dua pun kena debik juga," katanya.Murid enam tahun menampar ibu dan menolak arahan guru.Kata-kata kesat seperti “don’t busy body” dilemparkan kepada guru.Ibu hadir ke sekolah dengan lebam, dedahkan keganasan anak.Murid itu campak buku dan enggan buat kerja sekolah.Masalah disiplin kini menular ke murid tadika.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian guru tersebut dibuat susulan pertanyaan seorang pendidik wanita lain yang bertanya sama ada mereka pernah berdepan dengan pelajar bermasalah."Saya pernah dapat pelajar kurang ajar, saya tanya soalan tiada siapa pun yang jawab."Bila saya bagi jawapan kepada soalan tu, awak tahu apa pelajar tu kata? Dia tanya dia jawab," kata guru tersebut.