BAGI mereka yang sudah mendirikan rumah tangga, hari cuti hujung minggu sepatutnya dimanfaatkan untuk aktiviti bersama keluarga.Namun, seorang wanita di Threads berkata hidupnya tidak sama seperti pasangan lain kerana suaminya lebih gemar menghabiskan masa dengan tidur ketika hari cuti. "Ada ke suami orang lain macam suami saya? Bila hujung minggu, dia suka tidur sampai pukul 5 petang. Seharian dia tak bangun.Suami yang baik akan sentiasa mencari jalan untuk membahagiakan isteri. -Gambar hiasan AI"Alasannya, dia penat kerja hari Isnin hingga Jumaat. Saya sedih sebab harap dia bawa jalan-jalan hujung minggu, tapi dia lebih memilih untuk tidur," luahnya.Menurut pengadu, kejadian itu sudah kerap berlaku sehingga dia kini tawar hati terhadap suaminya."Konon dia kata nak lunch dekat luar. Dia bangun pukul 12 tengah hari. Sejam kemudian sambung tidur balik. Akhirnya saya panaskan lauk. Wanita sedih suaminya suka tidur setiap kali cuti.Dia mengadu tidak dibawa berjalan-jalan oleh suaminya.Pengadu juga kecewa kerana ajakan ke Cameron Highlands tidak dilayan.Wanita itu akui dia cemburu melihat kebahagiaan pasangan lain.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia suka tidur lewat sampai 4 pagi. Siang hari dia bantai tidur sampai petang. Over ke kalau saya sedih? Saya tawar hati sebab dah selalu berlaku," ujarnya.Tambah wanita itu lagi, dia juga cemburu melihat pasangan lain keluar bersama-sama setiap kali ada kelapangan masa pada hujung minggu."Saya bukannya tak boleh nak drive sendiri, tapi saya nak luang masa dengan dia. Dari tahun lepas saya ajak ke Cameron Highlands, dia tak nak pergi sebab jalan sesak.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak senang duduk tengok ibu bapa angkut anak kecil keluar lepak lewat malam, tak adil ganggu waktu tidur si manjaARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah malu sendiri lepas mengadu tak cukup tidur, dibidas ramai wanita berkerjaya - “Kenapa tak mahu kejut suami?”"Tempat kami keluar jalan-jalan hanyalah Aeon atau Mydin. Cemburu tengok orang lain, asal hujung minggu je keluar jalan-jalan. "Bukannya nak ke tempat mahal pun. Asal bawa jalan-jalan pun saya okey. Dia kalau kawan ajak main golf, boleh pula bangun pagi," tulisnya lagi.Perkongsian wanita itu mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya menyarankan supaya dia berbincang secara terbuka dengan suami untuk mengelakkan dirinya daripada terus makan hati sehingga membawa kepada situasi yang lebih teruk.