TUGAS dan tanggungjawab sebagai suri rumah sering dianggap mudah dan dipandang enteng oleh golongan suami.
Namun realitinya, kerja-kerja mengurus keluarga tanpa henti boleh memberi tekanan fizikal dan emosi yang teruk.
Situasi lebih membimbangkan apabila suri rumah sering mengalami waktu tidur malam yang terganggu sehingga menjejaskan kesihatan tubuh mereka.

Suri rumah mudah mengalami tekanan disebabkan bebanan kerja harian dan menguruskan anak-anak. -Gambar hiasan
Berhadapan situasi seumpama itu, seorang wanita tampil mempertikaikan siapa individu yang layak untuk menikmati tidur malam yang nyenyak.
"Penatnya jadi suri rumah ni, tidur malam tak cukup sebab anak kerap bangun.
"Terfikir juga, tidur malam ni layak untuk yang bekerja sahaja ke," ajunya menerusi hantaran di Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: Jadi suri rumah sepenuh masa, wanita akui hilang keyakinan diri... Takut-takut nak bersosial risau nampak bodoh
ARTIKEL BERKAITAN: Jadi ‘kejam’ seketika demi nikmati ‘me time’... Suri rumah berkurung lama dalam bilik, tak ambil tahu pasal anak di luar
Berdasarkan luahan tersebut, dia seolah-olah mengharapkan bantuan daripada suaminya.
Bagaimanapun, dia bimbang sekiranya waktu tidur suaminya terganggu kerana akan bekerja di keesokan harinya.
"Tak mahu kacau suami sebab dia kerja awal pagi.
- Suri rumah akui tugas rumah tangga berat dan sering dipandang enteng.
- Tidur malam kerap terganggu kerana anak bangun berulang kali.
- Wanita persoal siapa sebenarnya layak dapat tidur nyenyak.
- Tak mahu kejut suami walaupun perlukan bantuan.
- Netizen beri reaksi bercampur, ada yang simpati dan ada yang menyindir.
"Rindu sangat nak tidur malam nyenyak-nyenyak," tambahnya lagi.
Perkongsiannya itu mengundang reaksi bercampur baur golongan ibu yang turut berdepan situasi sama, terutama mereka yang menjaga anak tanpa bantuan suami atau keluarga.

Warga maya memberi pandangan masing-masing.
Wanita berkerjaya turut meninggalkan komen dan berkongsi pengalaman menguruskan rumah tangga sambil bekerja.
"Saya kerja tapi anak-anak kerap jaga malam minta susu, peluk, teman kencing... memang tak cukup tidur. Apa maksud layak dan tak layak dapat tidur nyenyak?
"Itu pilihan kamu, kenapa tak mahu kejut suami?
"Allah dah bagi anak, mengeluh pula... semua ibu lalui perkara sama dan jangan beranak dah lepas ni," demikian reaksi netizen.


