"SAYA ni mak jahat ke?"
Demikian luahan ringkas seorang wanita di laman sosial sehingga meruntun hati warga maya.
Seolah-olah menanggung bebanan perasaan dan rasa kecewa, wanita ini turut mendedahkan dia pernah mempunyai keinginan untuk melarikan diri dari anak-anaknya.

Menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bukanlah perkara mudah. -Gambar hiasan
Malah dia mengakui telah beberapa kali berkurung di dalam bilik sehingga anaknya meminta makanan.
"Kadang-kadang berkurung dalam bilik tapi tak adalah sampai seharian, cuma separuh hari.
"Saya cuma baring atau tidur sampai anak minta makan, saya marah dan halau mereka keluar dari bilik," luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Balik rumah awal, tak terus ambil anak sebab nak ‘me time’... Wanita rasa bersalah dengan pengasuh
ARTIKEL BERKAITAN: Balik dari pejabat, jurutera buat semua kerja rumah sebab isteri asyik nak ‘me time’... Dah ajak bincang, usaha cuma sia-sia
Pada masa sama dia turut tertanya-tanya kenapa dirinya mempunyai sikap demikian, seolah-olah tidak menyayangi anak sendiri.
"Teruknya apabila fikir kembali, biarkan anak berlapar... kenapa saya jadi macam ni," dia seolah-olah menyesal dengan tindakan diri sendiri.
Rintihan di laman sosial itu membuatkan warga maya ingin mengetahui tentang situasi rumah tangganya secara lebih lanjut termasuklah komunikasi dan peranan suami dalam menguruskan anak-anak.
Awak tak jahat, cuma awak perlukan masa untuk diri sendiri dan ia adalah normal.
WARGA MAYA
Menjawab persoalan yang diajukan, ujar wanita ini, suaminya turut membantu melakukan kerja-kerja harian di rumah.
Namun ia tidaklah sekerap yang diharap disebabkan kekangan kerja.
"Suami bantu tapi jarang-jarang sebab sibuk dengan kerja. Borak pun ada tapi jarang-jarang juga, melainkan apabila berada dalam kereta.

Selain memberi kata-kata semangat, ada yang berkongsi kisah sama.
"Bantuan daripada keluarga pun ada juga apabila atuk dan nenek mereka datang ke rumah," tambahnya yang melakukan bisnes sendiri.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang tampil memberi kata-kata semangat supaya dia kembali 'pulih'.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sepertinya dan menceritakan jalan penyelesaian yang dilakukan.
"Awak tak jahat, cuma awak perlukan masa untuk diri sendiri dan ia adalah normal.
"Masa anak-anak saya kecil, memang tahan je dari 'burnout'. Apabila anak sulung dah lapan tahun, saya akan berkurung dalam bilik apabila rasa 'burnout', Jadi kakaklah yang akan suap adik makan dan tidurkan.
"Kena tanamkan perasaan reda dan ikhlas, insyaAllah semua dipermudahkan," demikian antara reaksi warga maya.


