DALAM kehidupan berpasangan, kejujuran adalah salah satu kunci kebahagiaan, lebih-lebih lagi bagi suami isteri yang menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ).
Sudah banyak kisah kecurangan yang dikongsikan di media sosial melibatkan pasangan seperti ini, sekali gus boleh dijadikan sebagai teladan bersama.
Namun berlainan pula dengan situasi dilalui oleh wanita ini apabila suaminya mula berasa sangsi mengenai kejujurannya, hanya selepas mendapat mimpi.
"Saya dengan suami PJJ sudah empat tahun. Anak semua duduk dengan saya. Rutin saya macam biasa saja, pukul 9 ke 9.30 malam memang akan tidur dan akan bangun pukul 4.30 pagi.

Pasangan suami isteri yang menjalani hubungan jarak jauh sering berdepan cabaran. -Gambar hiasan
"Semalam saya tertidur ketika tengah WhatsApp dengan suami. Pukul 4 lebih pagi saya bangun dan balas mesej cakap tertidur.
"Tup tup suami call... terkejut saya. Dia beritahu dia mimpi saya curang ada lelaki lain. Ya Allah terkejut saya. Dia tanya saya, kenapa boleh mimpi macam ni?
"Sedangkan selama 13 tahun kahwin tak pernah terpikir saya akan curang. Tergamam terus saya. Tak tahu nak cakap apa," tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar suami sendiri pun curang lepas kecoh kes 'abang wiring'! Nombor telefon 'Bengkel' rupanya skandal pasangan
ARTIKEL BERKAITAN: Tak menyempat nak bersama skandal, lelaki cerai isteri dalam pantang... Terus cari si janda tua lepas lafaz talak
Lebih membuatkan dirinya runsing, wanita yang tidak mendedahkan identiti ini juga berkata suaminya cuba mengaitkan satu kejadian lain, seolah-olah mahu membuktikan dirinya sedang curang.
"Dia cakap masa dia balik hari tu, dia terbangun pagi-pagi tengok saya cepat-cepat tutup telefon.
"Saya cakaplah, saya tak dengar bunyi alarm jadi saya bangun sebab takut terlewat bangun nak kejut anak sekolah. Sekarang ni saya pula rasa serba salah bila dia berfikir macam tu.
"Saya ni kalau keluar pun dengan anak-anak atau dengan kawan-kawan perempuan atau kakak saja. Nak pergi mana-mana saya akan beritahu suami," luahnya lagi.
Selalu dia macam terbalik... kalau pasangan yang tuduh kita curang sebenarnya dia yang curang.
NETIZEN
Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang dilontarkan netizen dengan ada yang memberi saranan untuk menangani situasi yang dihadapinya.
"Bagi je phone awak, suruh dia check. Bagi dia tenang.
"Jangan lemah gemalai gini. Kalau tak ada buat salah, tak payah rasa bersalah.
"Suami terlalu fikir berlebihan tu. Suruhlah dia pindah tempat kerja yang dekat. Boleh tinggal sama-sama," komen netizen.

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Namun tidak kurang juga segelintir netizen berpandangan ada kemungkinan suami Wanita berkenaan yang berlaku curang dan menasihatkannya supaya berwaspada.
"Jangan-jangan suami adik yang curang sebab dia yang mimpi… nak tutup aib, dia cakap kita yang curang. Akak dah alami.
"Selalu dia macam terbalik... kalau pasangan yang tuduh kita curang sebenarnya dia yang curang," komen netizen.


