suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekadar penyanyi jemputan konsert, Khai Bahar tak tolak peluang sepentas artis legenda

Khai sentiasa terbuka menerima undangan menyanyi di konsert.

SERING menjadi pilihan sebagai artis jemputan dalam kebanyakan konsert, penyanyi Khai Bahar melihat ia merupakan satu peluang terbaik untuk dia terus berkongsi bakat dalam dunia seni.

Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 32, berkata dia terbuka untuk menerima undangan meskipun sekadar penyanyi jemputan dalam acara berkenaan.

"Tawaran itu peluang dan tak semua orang dapat. Bila diberi tawaran, saya anggap satu peluang besar. Saya tidak akan tolak untuk sertai konsert besar.

Khai terus mahu perbaiki kualiti sebagai penyanyi. 

"Syukur diberi kesempatan itu. Saya juga teruja apabila dapat berkongsi pentas dengan artis-artis yang sudah memiliki nama dalam industri. Lagu-lagu mereka juga menjadi pilihan saya ketika karaoke," katanya.

Khai ditemui ketika sidang media konsert A Night Of Soul yang turut membariskan namanya sebagai salah seorang penyanyi selain Datuk Amy Search, Datuk Ziana Zain, Siti Nordiana dan Cakra Khan.

Bercakap tentang peluang membuat persembahan di atas pentas bersama penyanyi lain, Khai beranggapan ia satu pengalaman berharga untuk mempelajari ilmu baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar sudah ‘move on’, kembali bangkit selepas fasa bersedih... Kongsi rezeki sempena Ramadan 

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar bangga Kyra semakin dikenali, awalnya tak yakin adik mahu jadi penyanyi

"Banyak lagi saya nak teroka. Dalam industri ini pastinya saya mahukan sesuatu yang lebih baik dalam kerjaya.

"Perkara itu boleh saya belajar daripada penyanyi legenda. Jadi, apabila ada peluang bersama, banyak yang saya belajar," ujarnya.

Kemunculan Khai dalam mana-mana acara sering menjadi tumpuan. 

Sementara itu, Khai turut meluahkan rasa terharu apabila diberi kepercayaan sebagai salah seorang penyanyi di konsert A Night Of Soul yang bakal berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 12 Disember depan.

Untuk info, pembelian tiket konsert ini boleh dibuat menerusi laman web Ticket Melon.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain