PENYANYI Khai Bahar meluahkan rasa bangga melihat adiknya iaitu Kyra Bahar kini semakin mendapat perhatian ramai apabila nama mula dikenali menerusi aplikasi TikTok.Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 32, berkata, kejayaan yang diraih adiknya itu membuatkan dia terharu sambil mengenangkan rasa bangga arwah ibu mereka. "Sekarang ini saya tengok nama Kyra Bahar semakin naik di TikTok. Saya bangga sebenarnya, malah kadang-kadang bila tengok pencapaian dia saya sampai linang air mata.Khai (kiri) tidak menolak sekiranya mengeluarkan lagu duet dengan adiknya, Kyra."Kalaulah arwah ibu masih ada, mesti dia bangga dengan Kyra," katanya kepada mStar.Berkongsi lanjut, Khai mengakui pada awalnya dia kurang yakin apabila Kyra menyuarakan hasrat untuk menceburi bidang nyanyian kerana mengetahui cabaran yang perlu dihadapi.Malah, dia turut mengingatkan adiknya supaya benar-benar bersedia daripada segi mental sebelum membuat keputusan bergelar penyanyi."Masa dia mula-mula nak masuk industri, saya tak yakin juga. Saya tanya dia, 'Kau boleh ke? Kau kuat ke?' sebab saya tahu industri ini bukan mudah.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Bukan trauma cuma tak nak spekulasi“ - Khai Bahar lebih waspada berkongsi di media sosialARTIKEL BERKAITAN: Ramadan tanpa ibu bapa, Khai Bahar sibukkan diri dengan kerja... “Tahun ini saya tak ada siapa”"Saya cakap dekat dia, kalau untuk saya pun keyakinan itu 50-50, apatah lagi untuk dia. Saya suruh dia fikir betul-betul sebab ini keputusan dia," ujarnya.Tambah Khai, pelbagai nasihat yang dititipkan buat adiknya itu agar menjadi pegangan sepanjang menjadi penyanyi."Alhamdulillah penerimaan orang ramai sangat baik. Saya pesan dekat dia, jaga diri dan pandai bawa diri. Syukur lagu-lagu dia pun semakin diterima."Dia tanya saya, susah sangat ke industri ini? Bahaya sangat ke untuk penyanyi wanita? Saya cakap, zaman sekarang memang bahaya kalau tak pandai bawa diri. Itu saja yang penting," kongsinya.Pelbagai pesanan Khai titip pesan buat Kyra.Dalam pada itu, Khai turut menitipkan nasihat agar Kyra sentiasa memberi fokus terhadap kerjaya nyanyian dan tidak terlalu mengejar populariti semata-mata."Kalau nak kongsi di media sosial, biarlah perkara yang memberi inspirasi dan impak positif kepada orang lain. Yang merepek-repek itu tak perlu."Fokus pada lagu sebab itulah yang akan buat orang kenal siapa kita. Alhamdulillah, setakat ini dia berjaya lakukan yang terbaik," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!