SELEPAS mencipta fenomena di Indonesia, kumpulan For Revenge bakal menghangatkan pentas Malaysia menerusi konsert ulang tahun ke-20 mereka, Titik Sadrah yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena pada 15 November depan.Konsert anjuran Beatus Live Sdn Bhd dengan kerjasama Antara Suara, Nusantaiment, Monarch Entertainment dan Sony Music itu menjadi sebahagian daripada siri jelajah antarabangsa kumpulan berkenaan selepas mengadakan persembahan di Bandung, Indonesia. Titik Sadrah bukan sekadar meraikan dua dekad perjalanan seni For Revenge, sebaliknya menjadi simbol kepada fasa baharu kumpulan itu selepas melalui perubahan besar susulan pemergian bekas pemain dram mereka, Archims Pribadi atau lebih dikenali sebagai Chimot.Konsert Titik Sadrah meraikan dua dekad perjalanan seni For Revenge.Menurut penganjur, persembahan itu akan membawa penonton menyelami perjalanan emosi yang mengetengahkan tema penerimaan, melepaskan dan bangkit meneruskan kehidupan.Malah, konsert tersebut turut didedikasikan khas buat Chimot sebagai individu yang memainkan peranan penting dalam penubuhan dan perkembangan awal For Revenge.ARTIKEL BERKAITAN: Nadhif Basalamah ‘belanja‘ lagu baharu, Fabio Asher layan galau peminat di Konsert Rumah HatiARTIKEL BERKAITAN: Jualan tiket tak capai sasaran, konsert Isyana Sarasvati batalDalam perkembangan sama, For Revenge turut berkongsi teaser pertama lagu terbaharu mereka berjudul I Miss You Every Brand New Day, yang dipilih sebagai lagu rasmi bagi tayangan filem Spider-Man: Brand New Day di Indonesia.Lagu itu dijadual dilancarkan pada 28 Julai ini, sehari sebelum filem berkenaan menemui penonton di pawagam Indonesia pada 29 Julai.Kerjasama tersebut disifatkan sebagai antara pencapaian terbesar kumpulan itu di peringkat antarabangsa, selain membuktikan kepercayaan studio filem utama terhadap bakat artis tempatan Indonesia dalam mempromosikan karya mereka di rantau ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!