suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Persembahan lebih bertenaga daripada peserta, Daniel Chuer tiada niat ‘overshadow’ Ranisha

Konsep persembahan serta susunan vokal sudah dipersetujui oleh Ranisha (kiri).

PENYANYI Danial Chuer tampil menjawab dakwaan segelintir netizen yang menganggap dia seolah-olah terlalu menonjol atau 'overshadow' peserta Big Stage X Rocketfuel, Ranisha ketika membuat persembahan duet pada malam Ahad.

Danial atau Danial Chuer Hamasiah @ Samsudin, 25, berkata konsep persembahan serta susunan vokal menerusi lagu Kamu nyanyian Aina Abdul itu telah dipersetujui Ranisha sebelum mereka tampil di pentas.

Kata Danial, dia sendiri beberapa kali mendapatkan pandangan Ranisha bagi memastikan persembahannya itu tidak menenggelamkan penyanyi berkenaan.

Antara komen netizen yang mendakwa persembahan Danial memberi kesan kepada markah Ranisha.

"Sebenarnya sebelum kami membuat susunan vokal, saya sudah bertanyakan tentang persetujuan Ranisha sama ada okay atau tidak kalau buat persembahan seperti ini. 

"Saya banyak kali tanya Ranisha kalau saya terlalu berlebihan dalam menyanyi, beritahu saya. 

"Biasalah bila dah ada jiwa suka menyanyi ini semuanya diluar kawalan kita, tapi Ranisha sangat gembira dengan persembahan kami dan ucap terima kasih," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Bersihkan hati, pergi solat” - Aisha Retno tegur pengguna Threads, minta henti bandingkan dengan rakan artis lain

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pemalas tiada lagu baharu sejak Big Stage, Daniel Chuer tawar hati dengan syarikat pengurusan

Mengulas lanjut, Danial berkata dia sengaja menggalakkan Ranisha untuk tampil dengan karakter persembahan yang lebih agresif bagi menyerlahkan potensinya di atas pentas.

"Minggu ini saya push dia untuk buka karakter persembahan lebih garang tapi kalau orang nampak itu sebagai overshadow, saya tak boleh nak kata apa. 

"Namun sekiranya ia menjadi satu persembahan bermakna buat Ranisha dan orang boleh nampak bakat dia, saya rasa okay tak ada masalah pun.

Saya banyak kali tanya Ranisha kalau saya terlalu berlebihan dalam menyanyi. 

DANIAL CHUER

PENYANYI

"Saya pun datang daripada pertandingan sama, bila berada di atas pentas ada perkara yang di luar kawalan kita. Kalau energy saya lebih atas daripada Ranisha malam tadi (Ahad) ia memang tidak dirancang," ujarnya. 

Dalam pada itu, Danial turut mengulas perbandingan dibuat netizen yang mempersoalkan keputusan pemarkahan sehingga Adam Nazmie muncul sebagai juara mingguan.

Menurutnya, Adam Nazmie dan rakan duetnya sememangnya layak menduduki tempat pertama berdasarkan tahap kesukaran persembahan yang dibawakan.

"Kalau kita tengok persembahan Adam Nazmie semalam, mereka sememangnya layak berada di kedudukan pertama. 

Danial menerima teguran secara terbuka.

"Untuk tiga penyanyi yang perlu dipecahkan nyanyian harmoni itu bukan satu perkara mudah. Banyak sudut lain yang netizen tidak nampak.

"Apa yang orang ramai lihat adalah persembahan atas pentas tetapi di sebalik kamera tiada siapa yang tahu kegigihan peserta. Semua pun sudah buat sehabis baik," katanya.  

Sebelum ini, segelintir netizen meluahkan rasa tidak puas hati apabila Ranisha sekadar menduduki tempat kedua pada konsert minggu kelima Big Stage X Rocketfuel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain