TIDAK mudah melatah, penyanyi Zynakal terbuka menerima teguran netizen yang menasihatinya supaya memperbaiki nyanyian berbanding mempersoalkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan lagu.Zynakal atau Muhammad Raziq Rosli, 27, berkata dia menerima setiap pandangan dengan hati terbuka dan akan berusaha memperbaiki kelemahannya itu. "Terima kasih atas teguran. Saya cuba perbaiki ya," katanya. Zynakal ditegur untuk memperbaiki vokal sendiri.Zynakal berkongsi perkara bagi memberi respons terhadap sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Threads. Dalam perkongsian tersebut, individu berkenaan menyifatkan Zynakal sepatutnya memperbaiki mutu nyanyian terlebih dahulu sebelum mempersoalkan penggunaan AI."Zynakal boleh belajar memperbaiki nyanyian dulu kot daripada sibuk hal AI. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai salah faham, Zynakal syukur kawan memahami keadaan mental ‘koyak’ akibat kemalanganARTIKEL BERKAITAN: Artis tak perlu rasa tergugat, Azlan The Proton Type buat lagu AI suka-suka... Sedia kerjasama dengan Zynakal"Suara kau (Zynakal) pun macam katak pakai autotune buat duit, nak marah orang pakai AI," tulisnya. Sebelum ini, Zynakal meluahkan rasa terkilan apabila melihat sebahagian peminat muzik memberi perhatian kepada lagu hasil teknologi AI berbanding karya asli ciptaan anak seni tempatan.Penyanyi itu berharap orang ramai terus menghargai usaha dan kreativiti penggiat muzik yang menghasilkan karya secara asli.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!