HAMPIR 14 tahun membina nama dalam dunia lakonan, pelakon Haidar Hasanudin memilih untuk tidak membandingkan perjalanan kerjayanya dengan mana-mana aktor lain.Haidar, 37, sebaliknya percaya setiap individu mempunyai laluan dan rezeki yang sudah ditentukan malah dia sentiasa berusaha menjadi versi terbaik dirinya. "Saya percaya setiap pelakon sentiasa mengharapkan satu karya yang boleh menonjolkan diri atau bakat yang mungkin tidak pernah dapat tunjukkan dalam mana-mana karya.Haidar bersabar dengan rezeki yang tertulis buatnya."Tapi saya percaya pada rezeki Allah dan saya berada di laluan saya sendiri. Saya tidak mahu bersaing dengan sesiapa sebab saya cuma mahu jadi lebih baik daripada diri saya sebelum ini," katanya kepada mStar.Mengulas mengenai kesabaran dalam membina kerjaya seni, Haidar mengakui sikap itu menjadi antara perkara paling penting untuk kekal bertahan dalam industri hiburan.Menurutnya, tidak semua pelakon terus meraih populariti sebaik sahaja menceburi bidang lakonan kerana setiap kejayaan hadir pada waktu yang berbeza.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cuma tumbuh sebelah kanan, Haidar Hasanudin terpaksa tanam jambangARTIKEL BERKAITAN: Haidar Hasanudin pegang prinsip tak main telefon di set penggambaran, pasang impian berlakon filem ketenteraan"Saya memang berpegang pada perkara itu. Kalau kita lihat pelakon-pelakon senior, bukan semuanya terus 'meletup' sebaik mula berlakon. Ada yang cepat dikenali, itu adalah rezeki mereka."Bila saya buat keputusan untuk menjadi pelakon sepenuh masa, saya tahu saya perlu bersabar. Tidak perlu terkejar-kejar sebab apabila Tuhan kata sudah sampai waktunya, ia akan datang juga."Memang kadang-kadang akan terlintas bila tengok kawan sudah berjaya, kita pula masih belum. Tapi saya pilih untuk ikut perjalanan saya, terus berusaha, nikmati setiap proses dan sentiasa berikan yang terbaik," ujarnya.Barisan pelakon Cinta Dalam Sekam dari kiri Haidar, Siti Khadijah dan Amir Ahnaf.Dalam pada itu, Haidar menganggap watak terbaharunya menerusi drama Cinta Dalam Sekam sebagai satu peluang besar untuk membuktikan kemampuan dirinya sebagai seorang pelakon."Projek ini memang saya anggap satu rezeki yang sangat besar. Akhirnya saya dapat watak yang membolehkan saya tonjolkan apa yang saya mampu lakukan sebagai pelakon."Mungkin sebelum ini saya belum mendapat watak yang benar-benar sesuai untuk menyerlahkan kemampuan saya," katanya.Drama terbitan Global Film Station arahan Feroz Kader itu mula ditayangkan menerusi Viu Malaysia sejak 16 Julai 2026.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!