suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lukisan laris di media sosial, Shikin Maembong rancang pameran solo

Shikin sedang sibuk lakukan persiapan untuk pameran solo.

ISTERI kepada penyanyi dan komposer Cat Farish iaitu Shikin Maembong, meluahkan rasa syukur apabila lukisan yang dihasilkannya kini mendapat sambutan memberangsangkan sehingga mendorongnya merancang pameran solo tidak lama lagi.

Menurut Shikin, 42, perubahan daripada menghasilkan lukisan potret kepada karya abstrak membuka ruang lebih luas untuk menarik minat pembeli.

"Alhamdulillah, sekarang ini lukisan saya memang mendapat sambutan yang sangat memuaskan. Pada awalnya saya menghasilkan potret dan memang ada peminatnya, tetapi saya terfikir ramai orang Islam kurang selesa dengan karya berbentuk figuratif.

Shikin tak putus terima tempahan lukisan.

"Saya berdoa supaya diberikan ilham untuk menghasilkan sesuatu yang lebih ramai boleh terima. Bila mula menghasilkan karya abstrak, sambutannya memang luar biasa dan ramai yang membeli," katanya kepada mStar.

Malah, kata Shikin, setiap kali memuat naik karya baharu di media sosial, lukisannya pantas mendapat perhatian sehingga habis dijual dalam tempoh singkat.

"Setiap kali saya muat naik karya baharu, tiga lukisan terus habis terjual. Selepas itu akan ada lagi pelanggan yang membuat tempahan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shikin Maembong berhijab sempena hari lahir Cat Farish

ARTIKEL BERKAITAN: Shikin Maembong kini pelukis sepenuh masa, simpan impian buka galeri seni sendiri

Dalam pada itu, Shikin berkata dia kini sedang mengumpulkan lebih banyak koleksi karya sebagai persediaan untuk mengadakan pameran solo yang disasarkan berlangsung pada hujung tahun ini.

Selain pameran solo, dia juga terbuka untuk menyertai pameran berkumpulan di mana-mana galeri seni bagi memperkenalkan hasil karyanya kepada lebih ramai pencinta seni.

"Sebenarnya memang ada perancangan untuk mengadakan pameran solo, insya-Allah mungkin hujung tahun.

Bila orang sudah kenal karya kita, nilai lukisan itu juga akan meningkat.

SHIKIN MAEMBONG

PELAKON/PELUKIS

"Tetapi untuk pameran solo, kita perlukan sekurang-kurangnya 40 buah karya. Sekarang ini setiap kali saya siapkan sekitar 10 lukisan, semuanya terus terjual.

"Jadi saya akan terus menghasilkan lebih banyak karya. Bila koleksi sudah mencukupi dan tiba masanya, saya akan adakan pameran solo," kongsinya.

Berkongsi mengenai kerjayanya sebagai pelukis, Shikin berkata tanggapan bahawa bidang seni sukar menjana pendapatan tidak lagi tepat, terutama dengan kewujudan media sosial yang memudahkan artis mempromosikan karya mereka.

Cat sentiasa menyokong karier isterinya.

Katanya, platform digital bukan sahaja membantu memperkenalkan hasil seni kepada khalayak lebih luas, malah memainkan peranan penting dalam membina jenama sebagai seorang pelukis.

"Kalau dahulu nak harapkan pameran sahaja memang susah. Sekarang dengan media sosial, kita boleh promosikan karya, tunjuk proses melukis dan orang mula mengenali hasil kerja kita.

"Ayah saya selalu pesan, kalau nak jadi pelukis kena bina nama dahulu. Bila orang sudah kenal karya kita, nilai lukisan itu juga akan meningkat," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain