PENAMPILAN isteri kepada penyanyi dan komposer Cat Farish iaitu Shikin Maembong mencuri perhatian ramai apabila tampil manis berhijab, sekali gus disifatkan sebagai hadiah istimewa buat suami tercinta.Shikin, 42, berkata, dia mula terdetik untuk mengenakan hijab ketika bercuti bersama keluarga dan ibu mentuanya pada Sabtu lalu. Menurut Shikin, pada awalnya dia sekadar ingin mencuba memakai tudung, namun perasaan untuk terus berhijab menjadi semakin kuat selepas terasa ada sesuatu yang tidak lengkap walaupun sudah menjaga ibadah sebaiknya.Shikin kongsi penampilan terbaharunya di media sosial."Sebenarnya saya mula pakai sejak Sabtu lalu. Mula-mula saya cuba saja sewaktu bercuti dengan keluarga dan mak mentua. Bila saya pakai, mak mentua puji saya nampak cantik dan dia juga suka saya bertudung."Tapi keesokan paginya, masa di hotel nak pergi sarapan, saya tak bertudung. Tiba-tiba rasa bersalah pula. Jadi saya teruskan pakai sampai sekarang."Bila hati tergerak nak cuba pakai tudung, saya terus cuba. Lepas pakai, rasa gembira itu memang tak boleh digambarkan," katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Shikin Maembong kini pelukis sepenuh masa, simpan impian buka galeri seni sendiriARTIKEL BERKAITAN: Barang niaga dipulangkan dalam keadaan teruk, niat Shikin Maembong bantu kawan cari duit dibalas pengkhianatan Berkongsi lanjut, Shikin berkata, suaminya tidak pernah memaksa dia untuk berhijab, sebaliknya sentiasa memberi sokongan terhadap setiap keputusan yang dibuat.Malah, Cat sebelum ini hanya memberi bayangan secara halus bahawa dia akan berasa gembira sekiranya Shikin memilih untuk berhijab.Lebih menyentuh hati, Shikin berkata, keputusan itu dibuat dianggap hadiah ulang tahun kelahiran suaminya pada 12 Julai lalu."Masa dia tengok saya pakai tudung, dia tanya, 'Betul ke pakai ni?' Saya jawab, 'ya, betul. Saya buat keputusan nak pakai tudung. Ini hadiah hari jadi untuk awak.' Dia memang sangat gembira," ujarnya.Cat (kiri) tersentuh dengan penampilan baharu Shikin.Dalam pada itu, sebagai persiapan pada peringkat awal, dia hanya meminjam tudung milik adik iparnya sebelum mula membeli koleksi sendiri dengan sokongan penuh daripada Cat.Tambah Shikin lagi, mengakui cabaran sebenar bukanlah untuk mula berhijab, sebaliknya untuk terus istiqamah dengan keputusan yang dibuat."Alhamdulillah. Bagi saya, nak pakai tudung ini senang, semua orang boleh pakai. Cuma yang susah ialah nak istiqamah. Itu yang paling penting dan bukan mudah," kongsinya.Terdahulu, Shikin mencuri perhatian apabila berkongsi penampilan terbaharunya yang kembali berhijab menerusi satu hantaran di media sosial.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!