suria

Barang niaga dipulangkan dalam keadaan teruk, niat Shikin Maembong bantu kawan cari duit dibalas pengkhianatan 

Shikin kesal kebaikannya dibalas sedemikian rupa.

ISTERI penyanyi dan komposer Cat Farish kecewa apabila tindakan memberi pinjam beberapa barang berniaga kepada salah seorang ejen dibalas dengan pengkhianatan.

Shikin Maembong, 41, mendakwa, peralatan yang dipinjam dipulangkan dalam keadaan tidak sempurna selain kotor sehingga dia terpaksa membersihkannya sendiri.

"Saya bagi pinjam barang berniaga dengan cara elok tetapi ejen Cekopis itu hantar semula barang dalam keadaan teruk.

Copy of Untitled - 2024-10-10T124856.621

Shikin berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Saya kecewa sebab sudah bagi kepercayaan dekat dia untuk jaga barang saya dengan baik. Kami dikhianati!

"Kain rentang dipulangkan dalam keadaan comot, bekas tidak bercuci, penutup botol sos banyak hilang. Saya pula kena periksa satu persatu," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Dalam pada itu, Shikin memberitahu terguris hati apabila niat membantu pihak tersebut menjana pendapatan tidak dihargai.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas bersabar, Shikin Maembong nekad ambil tindakan terhadap netizen hina wajah senget sebelah

ARTIKEL BERKAITAN: Nama adik kena petik, Shikin Maembong pula dapat tempias... “Ada ke masa mereka nak bergosip?”

Enggan memanjangkan isu berkenaan, Shikin sebaliknya mengambil iktibar atas apa berlaku dan akan lebih berhati-hati dan tidak lagi mudah mempercayai orang lain.

"Saya hanya nak bantu kawan sebenarnya sebab dia sendiri datang beritahu mahu berniaga.

"Si isteri ada minta maaf tetapi suaminya diam sahaja. Saya pun tak mahu panjangkan isu ini tetapi ia pengajaran untuk saya sebab mungkin ada kesilapan daripada pihak saya sebelum ini," jelasnya.

Copy of Untitled - 2024-10-10T124924.054

Shikin mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

Sementara itu, Shikin menjelaskan dia berkongsi tentang perkara itu di media sosial bukan bertujuan mengaibkan pasangan tersebut sebaliknya mahu memberi pengajaran kepada peniaga di lain.

"Saya kongsi video itu saja meluahkan perasaan, bukan untuk aibkan atau malukan mana-mana pihak.

"Ia sebenarnya untuk memberi pengajaran kepada peniaga lain untuk bertolak ansur dan jujur dalam perniagaan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain