TIDAK lagi berdiam diri, pelakon Fattah Amin tampil membidas kenyataan sebuah akaun di Threads yang didakwanya menyebarkan pelbagai fitnah mengenai dirinya sejak sekian lama.Fattah atau Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, berkata sebelum ini dia memilih untuk tidak melayan tuduhan tersebut namun mendakwa fitnah yang disebarkan pemilik akaun berkenaan semakin melampaui batas. "Saya serius tak nak kisah atas benda-benda remeh dan fitnah yang selama ini awak cipta. Tapi rasanya naratif yang digunakan dan fitnah yang diada-adakan ini semakin melampau," katanya menerusi satu hantaran di Threads.Fattah akhirnya bersuara mengenai akaun yang menyebar fitnah.Dalam hantaran sama, Fattah turut memuat naik tangkap layar memaparkan kenyataan yang dimuat naik oleh pengguna dikenali sebagai Musang Berjanggut.Malah, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu turut mempersoalkan bagaimana maklumat peribadi melibatkan dirinya dan bekas isteri boleh diketahui individu berkenaan sedangkan ia sepatutnya bersifat sulit."Tentang yuran tertunggak, sila periksa dengan pihak sekolah Fatima sekarang mengenai yuran tersebut. Nampak gayanya awak seperti ada akses kepada semua perkara peribadi yang melibatkan saya dan bekas isteri.ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan Fazura, Fattah Amin luang masa di acara sekolah Fatima raih perhatianARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin perjelas tuduhan kasari pembantu rumah"Jadi bagaimana maklumat dalaman seperti ini boleh diketahui oleh awak? Bukankah ia adalah perkara sulit (P&C) antara pihak sekolah dengan ibu bapa?" luahnya.Dalam pada itu, Fattah memaklumkan dia sudah membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap pemilik akaun tersebut.Menurutnya, tindakan itu dibuat selepas lama bersabar dengan pelbagai fitnah yang disebarkan ke atas dirinya."Saya dah lama lapor akaun awak ini kepada PDRM dan SKMM sebab dah bertahun-tahun awak wujudkan fitnah-fitnah ini.Fattah harap orang ramai dapat menilai baik dan buruk melibatkan dirinya."Selebihnya saya tak nak komen sebab anda semua boleh menilai sendiri bahasa dan kata-kata yang digunakan akaun Musang ini," ujarnya.Pada masa sama, Fattah turut menggesa orang ramai membuat laporan terhadap akaun berkenaan agar kandungan seumpama itu tidak terus tersebar."Mungkin dah sampai masa kita gunakan butang 'report' ini beramai-ramai supaya akaun seperti ini tidak lagi wujud dalam masyarakat kita."Sebab ia boleh memecah-belahkan keharmonian rakyat Malaysia," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!