PENYANYI Noraniza Idris berkongsi pendapat penggunaan teknik kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan lagu terutama karya bergenre irama Malaysia adalah tidak wajar diamalkan.Bagi Noraniza, 58, seseorang penyanyi seharusnya mendapatkan khidmat individu berpengalaman dalam penghasilan muzik bagi memperolehi karya yang berkualiti. "Lagu tradisional janganlah guna AI. Ramai komposer dan arranger hebat di Malaysia. Kena rajin cari," katanya dalam satu hantaran di Threads pada Ahad.Noraniza yakin idea asli komposer mampu memberi jiwa terhadap sesebuah karya. Tambah Noraniza, dia kini sedang merancang mendapatkan kerjasama komposer muda untuk menghasilkan sebuah lagu baharu.Bagaimanapun, menurutnya, penghasilan muzik masa kini dilihat lebih cenderung menggunakan teknologi AI dan dianggap tidak mempunyai sentuhan asli manusia."Sekarang saya tengah cari lagu daripada komposer-komposer baharu, tapi sekarang mereka ini suka guna AI.ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris tetap sokong konsert Siti Nurhaliza ARTIKEL BERKAITAN: Bariatrik bantu Noraniza Idris amal gaya hidup sihat, dapat menyanyi lebih baik"Lagu tradisional nak kreatif sebagai idea okay, tapi masih kita sebagai manusia tambah nilai idea akan menjadi lebih 'human feel'," ujarnya.Memberi respons menerusi ruangan komen, penyanyi lagu Dikir Puteri itu memberitahu dia tidak menolak sepenuhnya peredaran zaman yang memanfaatkan penggunaan teknologi dalam berkarya.Noraniza tidak menolak sepenuhnya penggunaan teknologi AI. "Janganlah sampai bergantung penuh, sehingga kita sebagai manusia yang sememangnya genius dan dikurniakan akal ini jadi pemalas untuk memikirkan idea."Bukan tak boleh guna, tetapi idea itu perlu ditambah nilai dengan human feel. Saya pengguna AI juga, kita belajar teknologi sekarang," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!