suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Susah berlakon... saya banyak syarat“ - Wany Hasrita kekok bertentang mata lelaki selain suami

Wany berjaya buang rasa kekok bawa watak romantik.

PENYANYI Wany Hasrita mengakui sentiasa mengutamakan pandangan suaminya sebelum menerima sebarang tawaran lakonan, khususnya jika naskhah itu melibatkan babak romantik.

Menurut Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 34, dia akan berbincang terlebih dahulu dengan suami bagi memastikan mereka berdua selesa dengan watak yang bakal dibawakan.

"Sudah tentu saya akan bertanya. Tapi kadang-kadang tak boleh nak buat apa, cuma apa yang saya boleh lakukan ialah meminimumkan aspek tertentu.

"Contohnya kalau ada babak yang sepatutnya makan aiskrim dan perlu lap, kita potong bahagian itu. Tak perlu bersentuh atau gunakan lapik seperti tisu," katanya kepada mStar.

Wany sahut cabaran bawakan drama bergenre romantik.

Dalam pada itu, Wany berkata dia turut menetapkan syarat agar tidak berlaku sebarang sentuhan fizikal dengan pelakon lelaki sepanjang penggambaran.

"Yang tak boleh bersentuhan memang saya beritahu pihak produksi. Memang susah juga nak berlakon dengan saya sebab banyak syarat.

"Tapi itu pilihan masing-masing. Saya bukan nak mengutuk atau menilai sesiapa," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Itu saja ikhtiar saya“ - Wany Hasrita ambil inisiatif pakai sarung tangan hormat CEO dari Korea

ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita tiada bajet bikin MV ‘Lembayung Tari’, peminat sanggup kumpul dana RM1 seorang

Berkongsi pengalaman membawakan watak yang mempunyai elemen percintaan menerusi drama vertikal berjudul Impian Di Seoul, Wany mengakui pada awalnya berasa kekok untuk bertentang mata dengan lelaki selain suaminya.

Bagaimanapun, dia menganggap peluang tersebut sebagai satu cabaran untuk mengembangkan bakat dalam bidang lakonan.

"Saya cakap pada diri sendiri, saya perlu cabar diri. Sudah tentu ada babak-babak yang mungkin kita tak berapa selesa.

"Tapi mereka sangat terbuka untuk berbincang dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa rasa kekok atau susah," jelasnya.

Orang lain dah hebat, tiba-tiba kita pula yang nampak kurang.

WANY HASRITA

PELAKON

Pada masa sama, Wany mengakui bimbang tidak dapat menyampaikan emosi dengan baik memandangkan dia bergandingan dengan pelakon yang lebih berpengalaman.

"Saya takut juga sebab dalam berlakon, itulah yang paling saya risau. Orang lain dah hebat, tiba-tiba kita pula yang nampak kurang.

"Tapi Alhamdulillah, semua sangat membantu dan memberikan kerjasama yang baik," kongsinya.

Wany letak pelbagai syarat untuk drama romantik.

Drama Impian Di Seoul mengetengahkan konflik emosi dan pelbagai babak tergantung (cliffhanger) yang dijangka membuatkan penonton terus mengikuti setiap episod.

Karya terbitan Redcomm itu bakal ditayangkan di TikTok Nongshim Malaysia bermula pada 21 Julai lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 
 
 

Artikel Lain