MENUNJUKKAN tanda sokongan, peminat Wany Hasrita sanggup mengeluarkan duit demi menyaksikan video muzik lagu Lembayung Tari nyanyian penyanyi itu dapat disiapkan.Menerusi komen di laman Threads, peminat mencadangkan agar dana mula dibuka supaya Wany dapat memulakan proses pembikinan muzik video. Malah, ada juga yang menyeru untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM1 sebagai tanda sokongan terhadap kerjaya seni penyanyi kesayangan mereka.Peminat menunjukkan tanda sokongan terhadap Wany. "Jom peminat Wany, kita kumpul untuk MV Lembayung Tari."Jom kita sedekah RM1 kepada Wany."Letak QR, kami QR seorang RM1," komen peminat.ARTIKEL BERKAITAN: Sentuhan tradisional dan moden, Wany Hasrita pertaruh ‘Lembayung Tari’ ARTIKEL BERKAITAN: AJL jadi sasaran, Wany Hasrita usaha sampai dapatCadangan tersebut bermula susulan Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 34, memberitahu dia kekurangan dana bagi tujuan berkenaan.Wany secara ringkas menjawab perkara tersebut selepas seorang pengguna media sosial bertanya tentang pembikinan MV lagu terbaharunya itu."Tiada bajet," tulisnya pada ruangan komen.Lagu Lembayung Tari mula dilancarkan pada Februari. Dalam masa sama, peminat juga berharap usaha tersebut dapat dilaksanakan dan mahu melihat satu kelainan yang bakal ditampilkan Wany.Lagu Lembayung Tari dilancarkan pada Februari lalu dan hanya video lirik sahaja dimuat naik di saluran YouTube.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!