suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wings lebih rancak selepas perkenal dua anggota baharu... Imbau zaman kegemilangan bawa duit dalam karung guni

TAMPIL dengan variasi konsert dan persembahan pentas, kumpulan Wings tidak menganggap ia sebagai satu tekanan besar buat mereka.

Bagi vokalisnya iaitu Datuk Awie, setiap tawaran yang datang adalah rezeki dan menjadikan Wings kekal bertahan selama 41 tahun dalam industri seni.

Bahkan, kemasukan anggota baharu sejak Januari lalu merupakan satu titik permulaan bagi mereka melangkah dengan lebih banyak karya serta persembahan untuk peminat.

Awie mahu nama Wings terus bertahan.

"Rezeki tidak boleh ditolak. Kalau ikutkan umur, memang penat juga. Ada kerja, ada gaji. Bila kerja datang, kita sambut.

"Perjuangan Wings yang ini baru bermula. Saya dan rakan-rakan harus teruskan supaya berjalan elok dan boleh terus gagah dalam industri.

"Kalau dulu memang saya ada letak had, tetapi dengan kemasukan Ilham dan Pae, saya rasa ini perjuangan baru demi sahabat-sahabat yang ada," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu jenama Wings rapuh, Awie perkenal dua anggota baharu… “Rugi kalau dibiarkan sayap itu patah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau kejar semua, nanti nampak tamak” – Awie belum sedia kembali berlakon

Awie dan Wings ditemui ketika sidang media Wings Sunday Night Live yang berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada Khamis.

Pada Januari lalu, Wings mengumumkan nama dua anggota baharu iaitu Pae sebagai pemain dram dan Ilham (bes), sekali gus melengkapkan formasi lima anggota bersama Edrie Hashim dan Sham.

Berkongsi pengalaman sepanjang mencipta nama sejak tahun 1985, Awie sempat mengimbau kenangan melalui jadual kerja padat dengan persembahan hampir setiap hari.

Kami pernah buat sampai 24 show dalam sebulan

DATUK AWIE

VOKALIS WINGS

Namun kini baginya, setiap tawaran yang datang harus diteliti dengan baik agar nama dan kerjaya seni Wings kekal relevan.

"Kalau nak cerita zaman gemilang, mungkin dulu iya. Kami pernah buat sampai 24 show dalam sebulan. Bangun pagi buat show di fun fair dan ekspo. Boleh dikatakan bawa duit dalam karung guni.

"Zaman sekarang lebih memilih dan tenang. Tetapi Alhamdulillah masih berjaya kekal. Rezeki kami bertahan selama 41 tahun," imbaunya.

Wings dianggotai oleh Ilham (kiri), Edrie, Awie, Sham dan Pae.

Sementara itu, bercakap tentang Wings Sunday Night Live, Awie menjanjikan satu persembahan yang lebih rapat bersama peminat dan pastinya berbeza dengan apa yang pernah mereka persembahkan dalam konsert sebelum ini.

Persembahan tersebut bakal berlangsung pada 5 Julai di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dan 12 Julai di Melaka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain