SELEPAS kejayaan lagu Rindu Hatiku Rindu, penyanyi cilik Tantari tampil dengan karya terbaharu berjudul 1 Cinta 1 Rindu.Mengakui proses rakaman tidak mudah, Tantari, 9, berkata cabaran terbesar apabila dia perlu menghayati emosi lagu ini. Malah, dia juga mendapatkan pandangan dan rujukan daripada komposer Eddie Hamid serta penulis lirik iaitu Jaju, Hakim Hakimi dan Te Ha bagi memastikan mesej lagu itu sampai kepada pendengar.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rindu Hatiku Rindu’ trending nombor satu, nama penyanyi cilik Tantari mula dikenali ramai... “Suara unik berjiwa rock”ARTIKEL BERKAITAN: Terperanjat adik Tantari ramai kenal, dah maafkan netizen komen negatif... “Jangan kutuk saya lagi eh”"Cabaran paling payah adalah untuk menjiwai rasa rindu dan kesedihan itu. Saya perlu berhati-hati agar tidak menyampaikannya secara berlebihan (over-emotional). "Dalam masa yang sama, vokal saya harus dijiwai sepenuhnya untuk membuatkan pendengar turut merasai kepedihan tersebut seperti yang dimahukan abang Eddie," katanya.1 Cinta 1 Rindu angkat perasaan seseorang terhadap orang tersayang.Dalam pada itu, Tantari meletakkan harapan tinggi agar 1 Cinta 1 Rindu dapat diterima baik oleh peminat muzik tanah air dan pendengar serantau."Harapan saya agar lagu ini dapat menyentuh hati mereka yang mendengarnya, terutamanya bagi mereka yang pernah atau sedang melalui perpisahan. "Saya mahu lagu ini menjadi teman buat mereka yang sedang merindu orang yang pernah dicintai," ujarnya.Tantari akui bukan mudah proses rakaman lagu baharu ini.Bercakap mengenai 1 Cinta 1 Rindu, komposernya iaitu Eddie Hamid menjelaskan bahawa lagu berkenaan merupakan gabungan antara realiti dan interpretasi perasaan yang universal."Lagu ini diinspirasikan daripada kisah-kisah benar yang berlaku di sekeliling saya termasuk pengalaman individu terdekat yang bergelut dengan rasa rindu. "Malah, saya juga menyuntik sedikit emosi yang pernah saya rasai sendiri agar penyampaian itu kedengaran lebih jujur dan tulus dari sudut hati," katanya.Lagu 1 Cinta 1 Rindu boleh mula distrim di semua platform penstriman muzik digital utama dan video muzik boleh ditonton di YouTube bermula Jumaat.Untuk rekod, MV single pertama Tantari berjudul Rindu Hatiku Rindu meraih lebih 16 juta tontonan di laman YouTube.TONTON VIDEO PILIHAN!