suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mimi Lana menyanyi dalam filem saja, tak sedia buat lagu takut Syafiq Kyle ‘kutuk‘

Mimi pada mulanya tidak bersetuju untuk menyanyi dalam filem Mojoku Hilang!

TIDAK biasa merakamkan lagu di studio, pelakon Mimi Lana mengakui banyak mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan penyanyi sebelum menyahut cabaran menyanyi dalam filem terbaharunya, Mojoku Hilang!

Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, berkata pengalaman tersebut agak mencabar buat dirinya. Namun, jelasnya, sokongan daripada rakan-rakan yang lebih berpengalaman dalam bidang nyanyian membuatkan dia lebih yakin untuk mencuba.

"Saya ada ramai kawan penyanyi kan, rakan baik saya Azira Shafinaz. Saya banyak bertanya kepada mereka.

"Saya tak sempat nak melalui kelas vokal sebab jadual penggambaran sangat padat, tambah pula kami shooting di Perlis. 

Mimi teruja diberi peluang menyanyi dalam filem.

"Tapi Min (pengarah) ada upah seorang guru vokal dari Amerika Syarikat dan dialah yang mengajar saya setiap hari untuk menyanyi dapatkan cara pernafasan yang betul," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Mimi memberitahu pada awalnya dia agak keberatan untuk menerima cabaran tersebut kerana bimbang tidak mampu memberikan persembahan yang baik.

Namun, selepas diyakinkan pengarah filem berkenaan, Lim Siu Min, dia akhirnya bersetuju kerana watak yang dibawanya bukanlah seorang penyanyi profesional.

"Untuk menyanyi dalam filem bolehlah. Mula-mula saya tak mahu sebab tak pernah ada pengalaman masuk studio (merakamkan lagu). 

ARTIKEL BERKAITAN: "Dulu bukan isteri orang, sekarang sudah kahwin perlu tanya suami dulu" - Mimi Lana dedah minta izin Syafiq Kyle berkaitan kerjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau label filem ‘sampah’, Mimi Lana ajak berbincang… Tidak semua dapat impak sama

"Tapi Min menyakinkan saya, lagi pun dalam filem ini saya bukanlah jadi seorang penyanyi hebat cuma peserta Bintang RTM yang dah tersingkir, tak menang pun. 

"Min cakap saya tak perlu pun jadi penyanyi yang bagus, sekadar boleh menyanyi pun okay saja," ujarnya.

Ditanya mengenai kemungkinan merakamkan single solo selepas pengalaman tersebut, isteri kepada aktor Syafiq Kyle ini mengakui dia masih belum bersedia untuk melangkah ke bidang nyanyian secara serius.

"Buat single? Saya takutlah nanti kena kutuk dengan Syafiq (bergurau). Tidaklah kot.

"Fokus saya tetap kepada berlakon dan saya akan teruskan minat dalam bidang ini. 

"Mungkin kalau nak suruh saya menyanyi boleh tetapi dalam filem sajalah," katanya. 

Mimi (kanan) dan Adipati merupakan teraju utama dalam Mojoku Hilang!

Mojoku Hilang! mengisahkan tentang Adi (lakonan Adipati) seorang pekerja korporat bandar yang bekerja di syarikat produk tenusu Moo Magic Farms. 

Kehidupan biasanya berubah huru-hara apabila Mojo, seekor lembu maskot yang sangat popular dan viral di media sosial, tiba-tiba hilang dipercayai diculik.

Selain Mimi, ia turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Adipati Dolken, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron, Tony Eusoff, Gambit Saifullah, Haeriyanto Hassan, Farah Ahmad dan Seha Monica.

Filem ini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 23 Julai lalu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain