suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya kecewa dengan aib yang tersebar“ - Pak Azad sudah lapor polis susulan video berkemban tersebar semula

Azad sudah membuat laporan polis terhadap penyebaran video lama miliknya.

PENYAMPAI radio, Azad Jazmin meluahkan rasa kecewa apabila sebuah video lama memaparkan dirinya berkemban kembali tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Azad atau Azad Jazmin John Louis Jefri, 50, berkata video berkenaan bukanlah rakaman baharu, sebaliknya dirakam kira-kira enam tahun lalu sebelum dia menyertai stesen radio Era FM.

Kata Azad, dia telah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis dan kini menyerahkan sepenuhnya urusan berkaitan penyebaran semula video itu kepada peguam.

Video lama milik Azad kembali tular di media sosial.

"Video itu sebenarnya dah lama, enam tahun dulu sebelum saya menyertai Era FM. Video tersebut juga tiada dalam simpanan saya lagi. 

"Saya pun dah buat laporan polis dan sekarang saya serahkan kepada peguam untuk uruskan semuanya," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, Azad turut mempersoalkan motif individu yang kembali menyebarkan video tersebut kerana dia menganggap perkara itu sebagai kisah silam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Halal dan haram jangan dibuat gurauan“ - PU Syed kecewa video Pak Azad berkemban

ARTIKEL BERKAITAN: Azad Jazmin anggap spekulasi digantung tugas radio hanya salah faham

"Itu video masa buat promosi produk. Apa tujuan nak viralkan perkara yang saya sudah bertaubat?

"Ini saja yang saya dapatkan kongsikan, saya sangat kecewa dengan aib yang tersebar ini," ujarnya. 

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Azad menari dengan hanya memakai tuala putih dalam keadaan berkemban.

Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, termasuk teguran daripada pendakwah bebas, PU Syed yang menyifatkan tindakan itu boleh memberi pengaruh kurang baik kepada peminat dan pengikut di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

>

Artikel Lain